Saturday, December 25, 2010

Aku pernah suka kamu.... hihi...

Ye... Kamu.... Sbb kamu cumil dan manja... dan lincah... dan cergas..... dan tangkas.... dan pantas... Tp skrang kamu dah di ambik orang. Sbb kamu lebih terjaga dgn orang tu. I redha k.. ahaks..

P/s : Ni la kali terakhir I blanja u makan.

Mata Hati | 2 ujian

"Dan Kami uji kamu dgn keburukkan dan kebaikkan, sbg ujian (yg sesungguhnya). Dan hanya kepada Kami kamu akan kembali " - Surah al.Anbiya' : 35.

Ayat di atas menjelaskan kpd kita, bahawa kita diuji Allah dgn 2 ujian, iaitu:

Keburukkan:
  • Ujian dgn keburukkan ini boleh berlaku dlm bentuk kemiskinan, sakit, kerugian dalam berniaga, kehilangan harta benda, kegagalan dlm mencapai sesuatu yang kita dambakan dan sebagainya.
Kebaikkan:
  • Ujian dgn kebaikkan ini, bermakna Allah Taala menguji kita dgn sesuatu yang kita senangi, seperti kekayaan, kemegahan, pangkat, kejayaan dlm sebarang usaha yang kita lakukan, kesihatan dan seumpamanya.
Source : Kaifiyat Mempertajam Mata Hati dlm Mengenal Allah.

Wednesday, December 22, 2010

A Superb Tool.. Hmmm........


Pisau, satu alat yg sangat berkesan untuk menyelesaikan kerja-kerja di dapur.
Kereta, alat yg sngt efision untuk memudahkan kita bergerak ke sana sini.
Kipas, alat yg sngt pantas menyejukkan suasana yang x selesa dek panasnya cuaca.

Tapi... ada satu alat ni... yg ramai dari kt x ambik kesah keberkesanannya, keefisionannya, keeffektifannya, dan ke ke yang lain lagi. Mungkin ada jugak yang x pernah tau pun kewujudan alat ni, mungkin.

Berkesannya pada membulat tekad membuat keputusan hidup.
Effisionnya pada tindakan yakin yg dibuat hasil keputusan yang tekad.
Effektifnya pada redha atas apa juga yang terjadi setelah itu.
Awesome!!!

But, what is the tool??? It is Istikhoroh.
Let us learn on how to use it. And use it in our life. Yes... use it... always....

Kita mohon agar segala apa yang kt buat, adalah yang terbaik pada ilmu Allah. Bukan pada pengetahuan dan ilmu kt yang secalit cuma. Hidup kita sehari-hari bnyak kena buat keputusan. Salah decide, hati resah bnyak masalah. Malah org lain pun mungkin termenderita dek sombongnya kt yang mendecide tanpa istikhoroh.


Ya Allah, terangilah kegelapan hatiku... Amin.


Sunday, December 19, 2010

Naik Turun..

Iman kita ni... naik turun.

Ya Allah... moga Allah tak matikan kita bilamana iman kita tengah turun. Nauzubillah...




Wahai yang Maha Mengetahui, terangilah kegelapan hatiku.... Amin...

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah itu....


SALAM MAAL HIJRAH
1432H
^_^

Old Year + New Year

Alhamdulillah... kt dah sama2 baca doa akhir tahun ngan awal thn semalam. Allah panjangkan umur kita pada tahun ni, hari ni, saat ni.. (minit2 yg kedepan ni blm tau lagi...)

Maka kata syaitan: Sia2lah usaha aku tahun lepas, Allah dah ampunkan dia. Nayala aku tahun ni, pasai dah ada 2 malaikat jaga dia thn ni..

Jom kita perati maksud doa yang kita baca tu, moga ada cetusan rasa insaf dan sedar di hati kita. Supaya kita sentiasa dan lebih berjaga-jaga.


DOA AKHIR TAHUN


Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam, Rahmat Allah e atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah apa yg aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yg Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhainya, dan ENgkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi daku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan daku, dan Engkau memerintahkan daku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepadaMu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya.

Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripadaMu. Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya.
Amin.


DOA AWAL TAHUN

Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam.Allah menurunkan rahmat dan kesejahteranNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handai sekalian.

Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepadaMu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera=tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepadaMu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat semuanya. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.
Amin.

Tuesday, November 30, 2010

Sunday, November 28, 2010

Speechless....


Rasa dan tahu x sama. Kita tahu nikmat Allah pd kt x terkira. Pernah x kita btol2 rasa di lubuk hati kita tu betapa besaqnya nikmat tu.. lalu membuahkan ucap syukur yg x terkata. Speechless.

Zmn skrng, org kata susah nak dpt keja. Pernah x kita btol2 rasa... bahwa Allah dah pilih kita utk jwtan yg kta pegang skrng?? Kita terpilih, diberi peluang tuk kerja, lalu x menganggur.. Allah... Alhamdulillah..

Segala apa yg kt ada skrng ni... semua... semua... baik harta benda, jasad kt sendiri, org2 sekeliling.. baik apa benda sekalipun... yg kita nikmati.... ambik la masa tuk btol2 merasakan yg... klu Allah x bagi, x merasa la.... Alhamdulillah...


Tapi, ada tapi... mcm mn pulak klu dicelah-celah keindahan nikmat yg x terkata tu, terselit sesuatu yg pada kita, kita x dpt, tp org len dapat.. pasaipa aku mcm ni org len mcm tu.. kenapa begitu ujian Allah pada kita dlm hal2 tertentu???

Sedarlah.... Allah dah bagi kita bnyk dah.......... banyak........ banyak sngt......... cuma yg tu sj Allah x bagi. Sbb Dia nak uji kta bilamana kita mengaku kt beriman. Allah...

Kan??? Kt akan jd speechless klu memikirkan Rahman dan Rahimnya Allah pada kita... pada semua... Alhamdulillah... =D

------------------------------------------------------

Pandanglah Lihatlah
Sebutlah Zikrullah
Kebesaran Allah
Tuhan Yang Maha Pemurah

Saujana Alam Indah
Semua Ciptaan Allah
Untuk kita HambaNya
Marilah Kita Fikirkan

Miskin Dan Kaya
Tua Dan Muda
Taat Sebagai Hamba
Berserah KepadaNya

Kita Di Dunia
Hanya Sementara
Beramal Bersedia
Untuk Bekalan Di Sana

Pandanglah Lihatlah
Sebutlah Zikrullah
Kebesaran Allah
Tuhan Yang Maha Pemurah

NikmatNya Saban Hari
Semua Dapat Merasa
Kasih Sayang Diberi
Marilah Kita Syukuri


La Tahzan | Air mata taubat adalah air yang paling suci.

Allah SWT mencintai org2 yg bertaubat & org2 yg menyucikan diri. Bahkan, Allah sngt senang dgn taubatnya seorang hamba.
Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dgn kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran di dlm hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dalam hati, dan titisan2 air mata. Yg demikian adalah awal perjalanan yg ditempuh oleh org2 yg bertaubat, modal org2 berjaya, langkah awal mereka yg menghendaki Allah, dan kunci istiqamah mereka yg hatinya condong kepada Allah.

----------------------------------------------------------------------------------------

Hadapilah kenyataan yg tidak ada jalan keluar darinya. Anda kelak akan menjumpai di dunia ini hal-hal yg anda tidak akan mampu mengubahnya, tetapi hanya mampu berinteraksi dengannya dengan berbekal kesabaran dan iman.


Yang 6

Alang2 dah musim org kawen-mawen ni kan...

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

source

Wednesday, November 24, 2010

Kerja | Library Management System

Koha. What is that?? A library management system. I was ordered to do a research on that. They wanna the output very soon. Before this coming Tuesday... Urgent Task.
Siyes, nebes. Coz x pernah tau pasal Koha.
------------------------
Mmg x senang dok bila dpt task yg urgent and new. No idea at all.
---------------------
Moga dipermudahkan dan dpt perform up to the expected standard. Amin~

~Benteng

Merasa sedih kerana tidak melakukan ketaatan
tanpa adanya usaha melakukannya
adalah sebahagian daripada tanda sudah terpedaya oleh nafsu dan syaitan.
~ Syeikh Ibnu 'Athaillah
----------------------------------------------------------------
"Ya Tuhanku! Aku berlindung kepada-Mu daripada godaan syaitan,
dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhanku daripada kehadirannya."
~ Amin

Monday, November 22, 2010

La Tahzan | Kunci


  • Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah & RasulNya
  • Kunci rezeki adalah berusaha disertai dgn istighfar dan ketaqwaan.
  • Kunci syurga adalah Mengesakan Allah.
  • Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda2 kebesaran yg ada pada makhluk2Nya.
  • Kunci kebaikkan adalah kejujuran.
  • Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari, dan meninggalkan perbuatan dosa.
  • Kunci ilmu pengetahuan adalah tdk malu bertanya dan mendengar dgn baik.
  • Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
  • Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
  • Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
  • Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah adalah berdoa.

Sunday, November 21, 2010

Ayat-ayat cinta =P


Office-mate yg kasik.. Perahu panjang2kan ilmu tu kat sini.... =D
--------------------------
P/s : Baru blajar2 ber'photoshop'. hik..hik..
P/s : Klik gambar tuk tngok saiz besar..





Tawadhu'...

Baca p la no.... =)

Imam al-Syadzili r.a pernah berkata:

"Barangsiapa yang merasakan dirinya berharga, maka dia tidak dikatakan tawadhu'."

Imam Yazid r.a pernah menyatakan:

"Selama hamba itu menyangka bahawa di kalangan makhluk ini ada orang yg lebih jahat(buruk) daripadanya, maka itulah orang yang sombong"

Adapun tanda-tanda org yg tawadhu' itu adalah sbg berikut:
  1. Tdk marah atau sakit hati bila dicemuh orang lain.
  2. Tdk benci jika dikatakan sombong.
  3. Tdk tamak pada pangkat dan kedudukan.
  4. Tdk menganggap dirinya sbg org yg dihormati dan disegani.
Sabda baginda Nabi SAW:

"Barangsiapa yg bertawadhu' kerana Allah, nescaya Allah akan mengangkat darjatnya"-Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abu Hurairah r.a

Sabda baginda lagi:

"Apakah kamu ingin aku beritahukan org2 yg diharamkan bagi neraka, atau api neraka yg diharamkan baginya? Iaitu api neraka itu haram bagi orang2 yg dekat kepada Tuhan-nya, org2 yg merendahkan diri(tawadhu'), lemah lembut dan taat"

Ibnu 'Athaillah menyatakan:

"Hakikat org yg tawadhu' itu ialah apa yg dilakukannya itu dilihatnya di situ kebesaran Allah dan kejelasan sifat2-Nya"

source : Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah

Tuesday, November 16, 2010

La Tahzan | Bahagia itu..


Orang yang penyabar dapat meraih perkara yang terbaik.
---------------------------------------
Allah menggantikan yang hilang itu
dengan yang lebih baik.
Yakinlah..!
Celikkan mata hatimu.
--------------------------------------
Memikirkan kebahagian bererti
memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan
apa yang terjadi nanti.
Dan sampai batas tertentu,
berfikir terlalu jauh itu
boleh mengusik kebahagian itu sendiri.

Sunday, November 14, 2010

Saat Lafaz Sakinah

Alkisah, tgh drive on de way g keje, cam biasa la layan radio ikim.fm. Skali terdengar satu lagu tu.. best gak arr... cam suka.. mmg suka pun. Dngr rentak ja la yg best, lirik x prati pun, pk mende ntah kepala ni. Abes lagu dngr DJ gtau tajuk lgu tu Saat Lafaz Sakinah.

Pastu pikir... lafaz apa ek yg mendatangkan sakinah kat dlm lagu tu. Td x dengar lirik btol2.

Xpe, sampai opis, cam biasa lak, sambil wat keja pasang lagu. Bukak you tube.
Search : Saat Lafaz Sakinah. Ok, jumpa!
Play.

Sambil2 tu tngok lirik (adoii.....) :

Heningnya... sunyi suasana,
saat lafaz bermula,
apa terasa?
diterjemah hanya,
sebak abah tangis ibunda,
--------------------------------------------
Adalah aku, wali puteriku,
Serah kini, amanahku ini padamu,
Nafkahilah ia, curah kasih dan cinta,
Lebih dari yang kuberikan padanya,
--------------------------------------------
Dulu esakkanya, sandar dibahuku,
tangisannya kini ku serah padamu,
bukan bermakna, dia bukan milikku,
fitrahnya perlukanmu,
-------------------------------------------
Jadikanlah dia wanita syurga,
Mengerti benar akan maharnya,
Taat itu bukan hanya pada nama,
Indah ia pada maksudnya,
--------------------------------------------
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
---------------------------------------------
Iringilah
dengan doamu
bahagia kami dengan redhamu


Dah baca? Agak2 lafaz apa?

P/s : humming tune je la, xleh nak nyanyi skali ngan lirik... underage!!
P/s/s : sedeykan lirik dia.. i dedicate this song to my beloved brother lah...

Thursday, November 11, 2010

Apa erti 9 Zulhijjah pada kita?


Sebaik gelincir matahari pada 9 Zulhijjah di tanah Arab bermulalah ibadat kemuncak bagi jemaah haji yg berwukuf di Arafah. Seafdal-afdal doa ialah doa di Arafah.


Melewati pukul 12 tgh waktu di Arafah bermula dari gelincir matahari, ketika itu di negara kita telah masuk waktu Asar. Andai kata mata kasar kita dapat melihat sesungguhnya langit dan bumi Arafah ketika waktu Maghrib terasa sungguh sesak dan berasak-asak dgn turunnya ribuan malaikat, roh para Nabi dan roh orang2 soleh. Semuanya bersesak-sesak di bumi Arafah, sama-sama mengaminkan doa umat Muhammad yang memohon pengampunan daripada Allah SWT.

-----------------------------------------------------------------------------

Lagi hebat lagi, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia bukan hanya mahu mengangkat doa para jemaah haji sebaliknya mahu sama mengangkat doa hamba-hambaNya yang tiada di Arafah, yang tidak pergi haji TETAPI menghadirkan diri dlm suasana Arafah, berhimpun bersama keluarga masing2.


Mari kita ubah budaya tidak merasa apa-apa pada hari ke-9 Zulhijjah kpd rasa ingin merebut cinta Allah. Bersiap-siaplah kita di rumah bermula pada ptg Asar 9 Zulhijjah dgn membersihkan diri dan berwuduk. Berdoa, berzikir dan memohon ampun dosa-dosa kita kpd Allah. Ketika itu, bayangkan diri kita berselimut putih di Arafah sedang menangis menadah doa keampunan sblm menjelangnya waktu buka posa pada hari kemuncak wukuf itu. Selepas berbuka, teruskan berdoa, solat maghrib, takbir, tahmid dan berzikir, membaca Quran dan solat taubat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh, jgn kt cuaikan masa 'keramat' yang hanya beberapa jam pada 9 Zulhijjah nnt.... !
---------------------------------------------------------------------------
p/s : 9 Zulhijjah adalah sehari sblm raya haji.
p/s : Special thanks to Aminah for sharing me this info. Barakallah...
p/s : source

Wednesday, November 10, 2010

Penyanyi Menangis.


Ada satu kisah..

Suatu hari Abdullah bin Mas'ud berjln2 di kota Kufah. Dia nmpak sekumpulan pemuda dan org2 fasik berhimpun ramai2 smbil minum minuman keras. Di tengah2 kumpulan tu ada seorg pemuda yg pndai main gitar, pandai menyanyi dan mempunyai suara yg merdu. Nama dia Zadzan.

Abdullah bin Mas'ud terdengar lantunan merdu suara Zadzan menyanyi sesuatu. Spontan saja keluar dari mulut dia, "Betapa merdunya sekiranya suara itu dipergunakan untuk membaca al-Quran." Abdullah bin Mas'ud berlalu pergi.

Zadzan terdengar kata2 Abdullah bin Mas'ud. Zadzan tanya "Siapa org itu?" Jawab mereka; "Abdullah bin Mas'ud, sahabat Rasulullah saw". "Apa yang dikatakannya" tanya Zadzan. Mereka menjawab, "Betapa merdunya sekiranya suara itu dipergunakan untuk membaca al-Quran."

Mendengar saja kata2 itu, Zadzan sambil berdiri membaling gitar dia ke tanah sampai pecah berderai. Zadzan bergegas berjumpa dengan Abdullah bin Mas'ud dengan kain dibelit dilehernya. Apakah bakal terjadi pergaduhan yang maha dahsyat satg???

Bila berjumpa dgn Abdullah bin Mas'ud, Zadzan menangis semahunya. Abdullah bin Mas'ud cuba memujuk dgn memberi khabar gmbira pada Zadzan, hingga kedua2 depa sama2 menangis.

Akhirnya Zadzan bertaubat kpd Allah swt dr dosa2nya. Dia ikut Abdullah bin Mas'ud hingga memperoleh bnyk ilmu dan mnjadi imam dalam hal ilmu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalannya, apa yang dia rasa bila org kata dekat dia 'Betapa merdunya sekiranya suara itu dipergunakan untuk membaca al-Quran.'. Macammana dia boleh rasa smpai mcm tu? Allah.. Mampukah kita nak rasa macammana yg dia rasa? Macam mna? Allah..



Sunday, November 7, 2010

La Tahzan | Harap + Gelisah


Sesuatu yang sangat diharapkan itu
justeru akan melahirkan kegelisahan.
------------------------------------------------------------------------------
Betapa banyak urusan yg berkesudahan dengan kegembiraan,
Padahal permulaanya terasa begitu menyedihkan.
------------------------------------------------------------------------------
Jalan kebahagian ada di depanmu.
Carilah ia dalam lautan ilmu, amal soleh dan akhlak yg mulia.
Bersikaplah objektif dlm setiap hal,
Nescaya engkau akan bahagia.
------------------------------------------------------------------------------
Dan dijadikan kesejukan hatiku
bila berada dalam solatku..

Saturday, November 6, 2010

Bibir merah bak delima...






Ekceli, entry ni x dak kena mengena dengan bibir or other part of human body. Tapi entry kali ni is about buah delima.

Semenjak dua menjak ni, perahu suka sangat makan buah delima. Asal habeh je stock dalam peti, order kat ayah atau kengkadang kuar bli sendiri. Xtau pasai pa. Yg pasti......... buah delima SEDAP dan CUMIL.
Saja wat2 rajin wat research pasal buah delima (research la sangat...). Output :
  1. Berasal dari Iran.
  2. Ada 3 jenis : Putih, Merah, Ungu

  3. Sbg ubat : cacing, cirit-birit, muntah darah, batuk, pendarahan rahim, radang tengkorok dan telinga, keputihan dll.

  4. Dlm satu biji buah delima, ada satu ulas yg berkat dan jadi penawar mujarab. So, klu makan buah delima sebijik x leh share la kan.. (xtau la sohih ke x nih..)

  5. Halang sel kanser payudara.

  6. Cegah nyanyuk.

  7. Beri tenaga (Well... namapun makan)

  8. Elok tuk pesakit darah tinggi dan rendah. (Baik tuk semua la kan, klu x tinggi, rendah... klu x, normal la kan? ye la)

  9. Elok tuk penghadaman.

  10. Kurang berat badan (Yg ni I x minat sangat).

  11. Memperelokkan rahim.

  12. Prevent morning sickness (I x terlibat kot yg ni... haha..)

Well, dalam Quran pun Allah da sebut pasal buah Rumman ni. Antaranya:

"Dan Dialah yg menurunkan hujan.. Kami keluarkan drpdnya tanaman2 yg menghijau. Kami keluarkan pula dari tanaman2 itu butir2(buah) yg bergugus-gugus dan dari pohon2 tamar dari mayang2nya kami keluarkan tandan2 buah yg mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun2 dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasa) dan yg tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yg demikian itu menandungi tanda2 bg org2 yg beriman" - Al-An'am:99

P/s : Tringin nak makan buah delima ungu.

Friday, November 5, 2010

Aku & Banjir


Dah lima hari dah banjir.. Alhamdulillah... rmh selamat. Dan setiap kali bencana banjir t'jadi, kami sekeluarga selamat dan x pernah pun diangkat title jadi mangsa banjir. Alhamdulillah..

Cuna tahun ni, tempias tu kena jugak la skit.... alkisahnya :

Semalam (4 November 2010, Khamis) masa on the way g keja, dekat ngan Kuala Sungai org ramai2 berdiri tepi jalan, dengan baju batiknye (Staff gov kan pkai baju batik Kamis). Ngatkan ada sambutan apa ka... kereta pun dah bersepah kat tepi2 jalan. Jalan jem.

Rope-ropenye.... "AWAS KAWASAN BANJIR". Oh no..... biaq betoi, smalam ok je lagi. Stop tepi jalan. Pikir. Nak redah ke nak patah balik. Tepon abang. Dia pun tekejut kat situ naik ayaq. Dia kata "Jangan dok tebiang..". Aduss.... camne ni, keje kat opis x siap lagi. Last2, I decide tuk ikot cakap abang.
---------------------------------------------------------------------------
Petang semalam Perahu pegi buat tinjauan kawasan banjir. Subhanallah... Next time I will upload the pic k. Jadi mcm lautan, ngeri... (but nice. ????? )
-----------------------------------------------------------------------------
P/s : Jumlah cuti = 4 hari (Darurat, Weekend, Deepavali)
P/s/s : Hujan turun mencurah2 di saat entry ni di karang.. Air banjir msti makin teruk. Ya Allah..

Tuesday, November 2, 2010

La Tahzan | Cukuplah


Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah !
----------------------
Jangan kau berputus asa kerana tidak melihat jalan keluar.
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdirNya?
----------------------
Bukan emas permata yang mempercantikkan anda,
melainkan yang mempercantikkan anda adalah AKHLAK anda,
dan kekayaan anda adalah ETIKA anda.

Bayi bercakap.


Pernah dengar x kisah bayi bercakap?? X??? Bayi tu hebat ooo... mak die lagi hebat... Meh sini nak cerita...

Once upon a time........... hihi...

Meneliti kisah Firaun yang memerintah Mesir pada zaman Nabi Musa AS diutus menjadi Rasul tidak akan melepaskan diri kita daripada membicarakan mengenai seorang wanita yang mempunyai keimanan, kesabaran dan kerelaan terhadap segala ketentuan Allah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Wanita itu dikenali sebagai Mashitah.

Mashitah bekerja sebagai pelayan raja dan tugasnya yang khusus ialah sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Beliau menyahut seruan Islam yang dibawa Nabi Musa AS tetapi keislamannya disembunyikan agar hidupnya tidak diganggu.

Umum mengetahui Firaun - raja Mesir ketika itu mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyat menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Sesiapa yang ingkar suruhan dan perintahnya akan disiksa atau dibunuh.

Dengan takdir Allah SWT, rahsia Mashitah yang selama ini menyembunyikan keislamannya terbongkar. Hal ini terjadi pada suatu hari ketika Mashitah menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun. Tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dengan tidak sengaja beliau menyebut nama Allah.

Perkataan Allah yang terkeluar dari mulut Mashitah itu didengar puteri Firaun. Lantas ia bertanya apakah maksud perkataan tersebut. Pada mulanya Mashitah teragak-agak dan enggan menjawab pertanyaan itu. Tetapi selepas berkali-kali didesak puteri Firaun itu, beliau menyatakan dengan tenang: “Allah adalah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam.

Alangkah terkejutnya puteri Firaun dengan penjelasan Mashitah itu. Tidak disangkanya ada lagi Tuhan selain daripada Firaun. Ini mendorongnya untuk menceritakan apa yang terjadi kepada Firaun.

Mashitah dipanggil dan penyiasatan dijalankan. Selepas jelas kepada Firaun bahawa Mashitah memeluk agama Islam yang dibawa Nabi Musa dan tidak mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka dengan kekuasaan yang ada padanya, Firaun menghukum Mashitah dan keluarganya yang memeluk Islam.

Sesungguhnya sumbangan dan jasa Mashitah kepada Firaun amat besar. Selain menjadi tukang sikat kepada puteri-puteri Firaun, Mashitah juga mengasuh dan mengurus istananya (Firaun). Tetapi jasa Mashitah tidak dikenang Firaun.

Hukuman bunuh yang dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya itu dianggap sebagai satu ujian dan dugaan daripada Allah. Tuhan hendak menguji sejauh mana ketabahan iman Mashitah. Kesediaannya menghadapi dugaan jelas terbukti kerana Mashitah, walaupun memiliki fizikal yang lemah, beliau mempunyai kekuatan jiwa yang tidak dapat ditandingi wanita lain.

Mashitah dengan lapang dada menerima apa saja yang dilakukan manusia kufur, sombong, bongkak dan tiada berhati perut. Sudah menjadi lumrah alam, manusia yang lemah akan terus ditindas dan diseksa jiwa dan hatinya.

Hukuman yang akan dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya ialah mereka akan direbus hidup-hidup. Hamman, menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk melaksanakan tugas itu mengarahkan pegawainya menyediakan sebuah kawah besar. Air dimasak sehingga mendidih.

Selepas persiapan disediakan, Mashitah dan keluarganya dipanggil untuk mengetahui sikap dan pendiriannya. Mashitah dan keluarganya diberi kata dua oleh Hamman - menyembah Firaun kembali atau dihumban ke dalam kawah jika terus beriman kepada Allah.

Secara tegas dan tenang Mashitah menyatakan pendirian dan keimanannya. Mereka akan terus beriman kepada Allah.

Mendengar jawapan tegas darpada Mashitah itu, Hamman memaksa Mashitah dan keluarganya terjun ke kawah yang airnya menggelegak panas itu.

Orang pertama yang dicampak ke dalam kawah ialah suami Mashitah, diikuti tiga anaknya. Anaknya yang keempat yang masih bayi itu dibiarkan berada dalam kendongan Mashitah. Alangkah sedih, hiba dan sayunya hati Mashitah melihat suami dan anak-anak terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu.

Melihat keadaan Mashitah dan anaknya yang masih merah itu, syaitan mengambil kesempatan menggodanya. Dibisiknya ke telinga Mashitah rasa kasihan dan simpati terhadap anak-anaknya yang tidak tahu apa-apa itu. Ini menyebabkan hati Mashitah serba salah - sama ada hendak terjun atau tidak ke dalam kawah bersama-sama anaknya itu.

Tetapi kudrat Allah mengatasi segala-galanya. Dengan spontan Allah menjadikan anak Mashitah yang kecil itu kebolehan untuk berkata-kata. Didorongnya ibunya, Mashitah supaya segera terjun ke kawah. Antara lain kata-kata anaknya: “Wahai ibu! Marilah kita menyusul ayah. Sesungguhnya syurga menanti kita.”

Mendengar kata-kata anaknya itu, Mashitah dengan penuh rasa kehambaan lantas terjun ke dalam kawah yang sedang menggelegak airnya. Pengawal mengacau kawah dengan sudip besi seperti mereka merebus ikan. Matilah Mashitah bersama-sama suami dan anak-anaknya demi untuk mempertahankan keimanan dan akidah mereka yang suci.

Tetapi Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sebarang kezaliman dan kekejaman tidak dibiarkan berlaku begitu sahaja. Allah telah meruntuhkan kerajaan dan istana Firaun di mana Hamman dan pegawai-pegawai yang membunuh Mashitah dan keluarganya mati terperangkap dalam runtuhan istana tersebut. Takhta dan harta benda semuanya tenggelam dan hilang.

Hamman dan pegawainya diberi balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan. Manusia yang ingkar memang wajar dimatikan dalam keadaan hina. Dan di akhirat kelak kehinaan yang lebih hebat akan mereka terima dan rasai.

Sebaliknya Mashitah dan keluarganya akan dimuliakan Allah. Walaupun mereka hidup susah, hina dan menderita di dunia, di akhirat kelak mereka akan hidup dalam keadaan bahagia dan gembira.

Ketika berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah telah melalui satu makam yang baunya harum bak kasturi. Malaikat Jibrail yang mengiringi Rasulullah telah memberitahu baginda itulah makam Mashitah, seorang penghuni syurga.

The End....................

P/s : Apa pengajaran kisah ni ek.... hmmm.........

Sunday, October 31, 2010

Not bad ya.... !!!

Kebokta ayahanda....


Buah nyok pun banyak luruh....


Sunset blakang rumah.... anugerah x ternilai, Alhamdulillah...

Tua tp kanak-kanak...



Penah x berdepan dgn golongan yg dah berusia, dewasa malah ada yg dah tua, tp gelagat dan tingkah laku diorang......... mengalahkan budak2... penah???
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Klu budak2 bleh la nak pujuk2 ke, nak jegil2 mata, angkat suara tinggi2, penampau ke... cubit ke... ugut x kasi main ke... tu klu budak2 la..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Klu yg x brapa nak budak ni??? aish.... klu bercakap mmg mudah. Tegur dgn cara yg hikmah. Rambut x putus tepung x selerak. Tp implementasinya???? Camne yg hikmah nye tu???? Ni jenis x mkn tegor punye..'
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Marah kang ckp x hormat org tua2 plak, di biar kang.... habeh haru biru....
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dah tu nak wat pe ni??? Sabar la...
X bleh sabar, geram sangat2.... Sabar lagi....
X bleh, marah tahap gaban dah ni.... Sabaaaaaaaar jugak....
Ish..... sabar la.... S. A. B .A. R...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pokoknya... sabar ye bu...... tenang aje.... layan jerrr... belajar sesuatu .... ok?? bereh...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s: budak2 klu nakal pun cumil la gak kan.... =X

Wednesday, October 27, 2010

Sirah | Ummu Aiman r.a

Perjalanannya dlm mengiringi kehidupan Rasulullah SAW x dpt diabaikan. Hingga manusia paling mulia itu berkata tentangnya, dialah ibu setelah ibuku...

Wanita mulia ini bernama Barkah bintu Tsa'labah bin Amr bin Hishn bin Malik bin Salamah bin 'Amr bin An-nu'man Al Habasyiyah ra. Namun dia lebih dikenali dgn kunyahnya, Ummu Aiman.

Ummu Aiman ra adalah seorang budak milik Abdullah bin Abdul Mutalib, ayah Rasulullah SAW.
Dialah yg mengasuh Rasulullah SAW semenjak baginda kecil.

Pada umur 6 thn, Rasulullah SAW dibawa ibunya, Aminah bintu Wahab mengunjungi keluarga sang ibu dari Bani 'Adi bin An-Najjar di Madinah. Ummu Aiman turut serta. Sebulan mereka di sana.

Di sana, org2 Yahudi melihat baginda dan berkata, "Dia adalah nabi umat ini dan ini adalah negeri hijrahnya." Ucapan org2 Yahudi itu Ummu Aiman simpan dlm fikirannya.

Setelah itu, Aminah membawa putranya pulang ke Makkah. Dalam perjalanan pulang dari Madinah ke Makkah, Aminah meninggal di Abwa' dan dikuburkan di sana. Pulanglah Ummu Aiman r.a. bersama Rasulullah SAW dgn 2 unta tunggangan mereka.

Setelah ketiadaan Aminah, Ummu Aiman banyak berperanan sbg ibu bagi Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah SAW berkahwin dgn Khadijah r.a., Ummu Aiman r.a. mendapat kemerdekaan dirinya. Rasulullah SAW membebaskannya.

P/s : Apa yg terjadi setelah Ummu Aiman dimerdekakan??

Tuesday, October 26, 2010

Friday, October 22, 2010

Mengaku je la..


Mengaku je la yang kita ni serba lemah. Kita x mampu nak buat semua benda sorang diri. Mintak la tolong dengan Allah moga Allah jaga hati kita dan Allah bantu kita dalam setiap perkara.

Dan kemudian setelah bantuan dan pertolongan Allah sampai, walau dalam bagaimana punya cara pun, sedarlah yang kita ni lemah, x mampu buat semua benda melainkan dengan izin dan pertolongan Allah.

Kadang2 Allah hantarkan org2 tertentu untuk mudahkan kerja dan bantu urusan kita. Maka terimalah dgn sangka baik dan syukur. Jgn menafikan kbjikan org pada kita. Dan kdg2 Allah hntarkan kita untuk mudahkan dan bantu urusan org lain pulak. Maka ikhlaslah dan sedarlah bahwa kita x mampu nak tolong org tu melainkan Allah yg izinkan. Tak payah la nak menyombong membangga diri minta dipuji. Dan tolonglah dgn ikhlas hati moga yang ditolong jugak menerima dgn ikhlas hati...
P/s : Kempen jaga niat... Jom !!!

Thursday, October 14, 2010

Zaaaaaaaaaaastttt..........160km/j !!!!

Apa prasaan klu dlm keadaan jln raya yg x brapa nak tenang, tiba2 ada sebijik kereta dgn teramat sngt laju menotong dan menyelit2 deretan kereta kat jalan... Perahu??? for sure la ati sebok ja dok membebel...


"Eeee..... x reti2 nak sabo ke? Dah tau nak masuk keje awal, kuar la awal... Klu nak mati g je langgar tiang tu, xyah sebok2 nak pecut atas jalan, mst xcdent punya la jap g tu, bla bla bla..."


................................Dkat Opis....................

Terbc blog spa ntah :

"Bila sampai Jade (gelaran buat isteri) dah dibawa ke hospital oleh MAk dan Madet. Depa ni terperangkap dalam trafik jem pulak. Maka hero terpaksa memulakan langkah. Aku terpaksa guna segala ilmu menyelit dan short-cut untuk sampai pada isteri. Bila dah sampai pada kereta depa, kami pun 'switch- driver'. Now, I am the driver. Aku lenjan kereta tu dengan sepantas mungkin dengan mulut terkumat-kamit dengan doa & surah yg dulu aku selalu lupa."

p/s: kan.... mak dah pesan...... sangka baik, sangka baik, sangka baik............. degil !!!
p/s/s : isteri dia nak bersalin lerr...

Peringatan !!


Cara Allah Menyedarkan Hamba-Nya :

Syaikh Ibnu 'Athaillah mengatakan :

"Allah mengetahui bahawa engkau tidak mahu menerima nasihat semata-mata, maka Dia merasakan kepadamu rasa dunia sesuatu yg mudah bagimu meninggalkannya."


Sbhgaian bsr manusia susah menjadi sedar atau insaf kalau hanya diberi nasihat semata-mata, sebagaimana nasihat2 yang terkandung dalam Quran, sunnah Rasul, para ulama dan sbgnya. Oleh itu salah satu jalan bg Allah memperingatkan manusia ialah dengan jalan memberinya peringatan2 nyata, sebagaimana berlakunya bencana alam, penyakit berjangkit, banjir besar, pnyakit barah, kesusahan dlm memenuhi keperluan2 hidup, gagal dlm mencapai sesuatu yg didambakan dan seumpanya.


Tuesday, September 28, 2010

Bumi Cinta..


Pengarang : Habiburrahman El Shirazy

Sinopsis

Dan tersebutlah seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, seorang mahasiswa pasca sarjana di Delhi, India yang juga seorang santri. Muhammad Ayyas yang sebelumnya kuliah di Madinah ini berniat ingin mengerjakan tugas penelitian dari Dosen pembimbingnya yaitu mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.

Sebaik tiba di Rusia, dia disambut oleh teman lamanya David. David inilah yang mencarikan apartment tempat tinggal untuk Ayyas. Dengan alasan keterbatasan bajet yang dimiliki Ayyas dan lokasi apartment yang strategik ternyata David hanya mampu mendapatkan sebuah apartment yang berkongsi dengan orang lain. Parahnya teman kediamannya itu adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Serangkaian masalah bagi Ayyas pun bermula dari sini.

Tuesday, September 14, 2010

Tip Duit

Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:
  • Tambahkan simpanan (berjimat)
  • Tambahkan pendapatan
Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai "Solusi 60%" boleh digunakan. Solusi 60% bermaksud:
  1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya.
  2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
  3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
  4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
  5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am
P/s: Tips dari Irfan Khairi (jutawan internet)

Sunday, September 5, 2010

Di Ambang Syawal


Bila tiba hari raya
Syukur kepada Yang Esa
Hari meraikan
Anugerah Allah
Buat yang beriman

Takbir dan tahmid bergema
Penuh gembira dan bangga
Hari kemenangan
Syawal yang bahagia
Hari Raya

Namun hati ini
Pilu mengenangkan
Ramadhan yang pergi
Terangkatlah rahmat
Keampunan dan barakah

Sebulan berlalu
Aku sering alpa
Beribadat tapi leka
Bersuakah lagi...?, ajalku tak pasti
Amalanku, Oh Tuhan terimalah

Kuinsafi dosa
Pada Maha Esa
Pada ayah juga bonda
Kupohonkan doa
Moga Allah redha
Hamba ini
Oh Tuhan restukanlah

Ya Rabbi…
Restukanlah…
Illahi…
Ampunkanlah…

Oleh : Rabbani

Thursday, August 12, 2010

Modal


terkadang mungkin modalnya adalah duit ringgit yang bukan sedikit,
terkadang mungkin modalnya adalah masa tidur yang tergadai,
terkadang mungkin modalnya adalah penat dan lelah yang menyeksa diri,
terkadang mungkin modalnya adalah keinginan yang tertunda,
terkadang mungkin modalnya adalah air mata setelaga,
terkadang mungkin modalnya............................ bnyk lagi...


mmg segala sesuatu menuntut modal....
atas semua modal yang telah dikeluarkan, rugilah klu x dimanfaat sebaik boleh.
ini lah hidup.... belajarlah dan senyumlah...

plg getir, dunia adalah modal untuk untung di akhirat.