Thursday, November 11, 2010

Apa erti 9 Zulhijjah pada kita?


Sebaik gelincir matahari pada 9 Zulhijjah di tanah Arab bermulalah ibadat kemuncak bagi jemaah haji yg berwukuf di Arafah. Seafdal-afdal doa ialah doa di Arafah.


Melewati pukul 12 tgh waktu di Arafah bermula dari gelincir matahari, ketika itu di negara kita telah masuk waktu Asar. Andai kata mata kasar kita dapat melihat sesungguhnya langit dan bumi Arafah ketika waktu Maghrib terasa sungguh sesak dan berasak-asak dgn turunnya ribuan malaikat, roh para Nabi dan roh orang2 soleh. Semuanya bersesak-sesak di bumi Arafah, sama-sama mengaminkan doa umat Muhammad yang memohon pengampunan daripada Allah SWT.

-----------------------------------------------------------------------------

Lagi hebat lagi, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia bukan hanya mahu mengangkat doa para jemaah haji sebaliknya mahu sama mengangkat doa hamba-hambaNya yang tiada di Arafah, yang tidak pergi haji TETAPI menghadirkan diri dlm suasana Arafah, berhimpun bersama keluarga masing2.


Mari kita ubah budaya tidak merasa apa-apa pada hari ke-9 Zulhijjah kpd rasa ingin merebut cinta Allah. Bersiap-siaplah kita di rumah bermula pada ptg Asar 9 Zulhijjah dgn membersihkan diri dan berwuduk. Berdoa, berzikir dan memohon ampun dosa-dosa kita kpd Allah. Ketika itu, bayangkan diri kita berselimut putih di Arafah sedang menangis menadah doa keampunan sblm menjelangnya waktu buka posa pada hari kemuncak wukuf itu. Selepas berbuka, teruskan berdoa, solat maghrib, takbir, tahmid dan berzikir, membaca Quran dan solat taubat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh, jgn kt cuaikan masa 'keramat' yang hanya beberapa jam pada 9 Zulhijjah nnt.... !
---------------------------------------------------------------------------
p/s : 9 Zulhijjah adalah sehari sblm raya haji.
p/s : Special thanks to Aminah for sharing me this info. Barakallah...
p/s : source

0 comments: