Imam al-Syadzili r.a pernah berkata:
"Barangsiapa yang merasakan dirinya berharga, maka dia tidak dikatakan tawadhu'."
Imam Yazid r.a pernah menyatakan:
"Selama hamba itu menyangka bahawa di kalangan makhluk ini ada orang yg lebih jahat(buruk) daripadanya, maka itulah orang yang sombong"
Adapun tanda-tanda org yg tawadhu' itu adalah sbg berikut:
- Tdk marah atau sakit hati bila dicemuh orang lain.
- Tdk benci jika dikatakan sombong.
- Tdk tamak pada pangkat dan kedudukan.
- Tdk menganggap dirinya sbg org yg dihormati dan disegani.
Sabda baginda Nabi SAW:
"Barangsiapa yg bertawadhu' kerana Allah, nescaya Allah akan mengangkat darjatnya"-Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abu Hurairah r.a
Sabda baginda lagi:
"Apakah kamu ingin aku beritahukan org2 yg diharamkan bagi neraka, atau api neraka yg diharamkan baginya? Iaitu api neraka itu haram bagi orang2 yg dekat kepada Tuhan-nya, org2 yg merendahkan diri(tawadhu'), lemah lembut dan taat"
Ibnu 'Athaillah menyatakan:
"Hakikat org yg tawadhu' itu ialah apa yg dilakukannya itu dilihatnya di situ kebesaran Allah dan kejelasan sifat2-Nya"
source : Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal Allah
0 comments:
Post a Comment