Tuesday, December 7, 2010

Old Year + New Year

Alhamdulillah... kt dah sama2 baca doa akhir tahun ngan awal thn semalam. Allah panjangkan umur kita pada tahun ni, hari ni, saat ni.. (minit2 yg kedepan ni blm tau lagi...)

Maka kata syaitan: Sia2lah usaha aku tahun lepas, Allah dah ampunkan dia. Nayala aku tahun ni, pasai dah ada 2 malaikat jaga dia thn ni..

Jom kita perati maksud doa yang kita baca tu, moga ada cetusan rasa insaf dan sedar di hati kita. Supaya kita sentiasa dan lebih berjaga-jaga.


DOA AKHIR TAHUN


Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam, Rahmat Allah e atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah apa yg aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yg Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhainya, dan ENgkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi daku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan daku, dan Engkau memerintahkan daku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepadaMu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya.

Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripadaMu. Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya.
Amin.


DOA AWAL TAHUN

Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam.Allah menurunkan rahmat dan kesejahteranNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handai sekalian.

Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepadaMu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera=tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepadaMu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat semuanya. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.
Amin.

0 comments: