Wednesday, December 28, 2011

1 Ayat : Al-Muzammil 10, 11


(10) Dan bersabarlah terhadap apa yg dikatakan oleh mereka. Dan jauhkanlah dirimu dari mereka dgn cara yang baik.
(11) Dan biarlah Aku sahaja membalas org2 yg mendustakan itu, org2 yg berada dlm kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

Monday, December 26, 2011

Tadah tangan, tundukkan kepala, lantunkan doa..


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, tiada Ilah yang berhak disembah selain Engkau.

Ya Allah, inilah kami, hamba-hambaMu yang hina, kami menadahkan tangan menghiba kepadaMu. Sehina apapun kami, kami adalah makhluk ciptaanMu. Kami memohon dengan penuh kerendahan hati, ampunilah dosa-dosa kami.

Ya Allah, ampunilah sebusuk manapun diri-diri kami, ampunilah segenap apapun masa lalu kami dan ampunilah sehina apapun aib-aib kami.

Wahai Allah Yang Maha Mendengar, ampunilah ibu bapa kami, ampunilah segala kezaliman kami kepada ibu bapa kami. Andaikata kedurhakaan kami menjadi penggelap kehidupan mereka, maka jadikanlah kami ketika ini menjadi anak yang soleh yang dapat menjadi cahaya bagi kehidupan ibu bapa kami, di dunia dan di akhirat. Kurniakanlah bagi keluarga-keluarga kami rumah tangga yang sakinah. Jangan jadikan rumah tangga kami menjadi rumah tangga yang penuh bencana.

Ya Allah, berilah kepada kami kepercayaan dan kesempatan memiliki keluarga dan anak keturunan yang lebih baik dari diri kami. Jangan biarkan mereka mencoreng aib di wajah kami, ampunilah jika kami salah mendidik mereka ya Rabb.

Ya Allah, jangan biarkan isteri dan anak-anak kami menghujah kami kelak di akhirat. Ya Rabb, utuhkan kemuliaan mereka di dunia, utuhkan pula kemuliaan mereka di syurga.

Ya Allah, berikanlah kami rasa takut kepadaMu yang sentiasa menghalangi kami dari kemaksiatan. Berilah pula kepada kami ketaatan yang kelak akan menghantarkan kami ke syurgaMu dan keyakinan yang meringankan beban musibah dunia yang menimpa kami.

Ya Allah, perbaikilah agama kami yang menjadi pangkal seluruh urusan kami, perbaikilah dunia kami yang menjadi penghidupan kami dan perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah kehidupan ini sebagai wasilah menambah kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian sebagai tempat istirehat bagi kami dari kejahatan.

Ya Allah, sesungguhnya buah kebatilan itu telah matang dan kini tiba saatnya untuk memenggalnya, maka turunkanlah dari langit kebenaran sebuah tangan yang kuat yang akan memenggalnya dan singkapkanlah tabir kegelapan yang menutupi mata hati manusia dari melihat cahaya kebenaranMu. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa melakukan itu, Ya Allah."

Ameen Ya Rabbal Alameen

Monday, December 19, 2011

My evil day.

Bebudak ni (merujuk pada adik dan 2 anak buah) kalau dah mengadap game, habeh meta.... berejam-jam. Jap2 gadoh jap2 baik. Siap main online game kot. Kecik2 lagi dah pandai ye...

Kalau dapat chance main tu, suruh makan tak nak, suruh solat tak nak, suruh mandi tak nak... nasib korang le kena cepuk... ekekekeke...

Tak larat nak mencepuk, pikio punya pikio, elok di block saja website tu. Muahahahaha. Al-hasil, tiap kali bebudak ni bukak website tu, page ni yg akan keluaq.... kahkahkahkah.....

P/s : Baik kan maksu korang? ehehehe... No compromise what so ever! Done.

Kat situ la bebudak ni suka main game.

Sunday, December 18, 2011

Cara minta tolong.


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqoroh : 45)

Bukan hati kita tidak bisa mengerti bukan hati tidak pernah memahami. Cerita dan kehendak yang tertulis sesekali tersimpan di ingatan. Cuba dileraikan namun masih kuat di hati. DIA itu mengerti setiap masa dan sentiasa di sisi. Sewaktu melihat gelak ketawa kanak-kanak membuatkan hati ini tenang dan gembira. Terasa ingin kembali menjadi seperti mereka.

Sungguh hidup ini sesuatu yang indah untuk dinikmati dan dikongsi jika kita tahu bagaimana pelayaran sebuah nakhoda itu berakhir. Qalbu salim adalah hati yang sempurna dicari sepanjang pelayaran seorang insan bergelar hamba.

Saturday, December 17, 2011

Gaji pemegang ijazah sarjana RM2,600 sebulan.


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kebanyakan pemegang ijazah sarjana muda yang bakal bekerja menjangkakan gaji mereka adalah sekitar RM1,800 hingga RM2,600 sebulan, menurut kaji selidik terbaru Jobstreet.com.

Manakala bagi pemegang diploma, gaji yang diminta adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,800 sebulan.

Menurut kaji selidik itu, dari jumlah 1,830 lepasan universiti berkata, mereka memerlukan purata sebanyak RM700 atau lebih bagi memenuhi keperluan asas seperti perbelanjaan harian termasuk pengangkutan, makanan, sewa dan hiburan.

''Terdapat 29 peratus responden menolak tawaran pekerjaan kerana gaji dan manfaat ditawarkan tidak memenuhi jangkaan mereka.

''Realiti sebenarnya, sebanyak 54 peratus pemegang ijazah sarjana muda menerima gaji seperti yang dikehendaki manakala 35 peratus lagi kurang dari RM1,800 sebulan.

''Manakala sebanyak 37 peratus pemegang diploma menerima gaji kurang dari RM1,200 sebulan iaitu paras lebih rendah dari jangkaan,'' katanya.

Sementara itu, lepasan universiti tersebut berkata, sebab utama menyebabkan mereka tidak diterima bekerja adalah persaingan sengit (32 peratus) diikuti oleh kekurangan kemahiran yang diperlukan (31 peratus).

Sebanyak 23 peratus daripada responden merasakan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris dan selain skil komunikasi rendah (22 peratus) merupakan antara sebab kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan.

Dari segi mendapatkan pekerjaan, sebanyak 74 peratus dari 773 lepasan universiti yang sedang bekerja berjaya memperoleh pekerjaan kurang dari tiga bulan dan 16 peratus menerima tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Rezeki awal tahun. Alhamdulillah.






Friday, December 16, 2011

A call from old friend.

Talipon yang berada di depan mata tiba-tiba berbunyi dengan nada ..'ayyuzikra.... minsanaha...'. Tengok saja namanya terpampang di skrin, terus hati berbunga-bunga, tersenyum sampai ke telinga. Talipon diangkat. Wahhh....... siyes, windu bangat sama kamu...

Macam-macam kami sembang. Kisah dia dan kisah aku. Kisah suka dan kisah duka. Lama.

P/s : Ya Allah, peliharalah diriku dan semua sahabat-sahabatku.

Terima kasih Mashitah. Atun mendoakan yang terbaik untuk kita.


Thursday, December 15, 2011

Lagi ilmu baru...

SCRUM methodology - so called stand up meeting.

Kekdahnye cenggini :

Everyday smua developers akan berkumpul. Then, setiap orang akan cakap apa yang dia buat semalam dan apa yang akan dia buat hari ni. Klu 'stuck', boleh bagitau masa tu.

Rule dia, tiap orang tak lebih dua minit. Dan setiap sesi mesti ada scrum master. Scrum master tu kena rotate. So, everyone ada chance jadi scrum master.

Tugas scrum master lebih kurang cam mc majlis gitu. Extra, dia kena tolong developers yg ada problem untuk hari tu. Klu dia tak tahu nak solve, dia kena find someone else yang boleh tolong.

Gitu la kekdahnye ye... Tak start lagi benda ni, baru bentang saja. Next week baru start. Nampak macam semua excited gilerr... Gud2..

Apa yang penting ? KERJASAMA.

P/s : Well, my number giliran untuk jd scrum master is 7 (second last). Will see how it works... ekekeke....

Wednesday, December 14, 2011

Friday, December 9, 2011

Makan Bulan.


Makan Bulan aka Gerhana Bulan.  

10 Disember 2011
Sabtu
Lepas Isyak.


Sila pilih kedudukan yang betul semasa fenomena gerhana bulan :
a) matahari - bumi - bulan
b) matahari - bulan - bumi
c) bumi- matahari- bulan

Answer : sun - earth - moon

P/s : Besar Kuasa Tuhan...

Thursday, December 8, 2011

Web application framework.


Ingat tak pasal staf baru tu, dia ada sebut pasal framework dalam meeting. Ai tak tahu mende la framework tu. Agak jakun di situ. Even di introduce as senior programmer. Malu seyy.. Tengok orang lain steady je. Diorang tahu le kot. Makanya, untuk memastikan tidak berlaku lagi kes jakun yang kedua, dengan bantuan Detective Conan, ai berusaha untuk memahamkan diri tentang framework tu.

P/s : kan saye dah kate.. peluang untuk mencedok ilmu...

............. Story Begin .............

A web application framework is a software framework that is designed to support the development of dynamic websites, web applications and web services.

By using a PHP Framework, you will end up saving loads of time, stopping the need to produce repetitive code, and you'll be able to build applications rapidly (RAD).

Meanwhile, using a PHP Framework makes it easier for you to ensure connection.


MVC
PHP operates on the Model View Controller (MVC) fundamentals. MVC is an architectural pattern which breaks apart your domain logic from your user interface. 

The domain logic is the function that handles information exchange between your database and your user interface. 

Therefore you're able to modify the domain logic and most importantly for designers, the user interface separately.

This removes a lot of confusion and simplifies the entire developmental process. 

When we refer to MVC we generally perceive it as this: 
  • M: stands for the raw data
  • V : represents what's actually being viewed, 
  • C : (controller) is in fact the domain logic as seen above.

What to look when choosing framework?

Not every PHP Framework offers the same support for databases, communities, and an easy to follow user guide. 
  • Database support : CodeIgniter supports MySQL, Oracle, and SQLite
  • Community Support
  • Documentation Support
  • MVC Architecture : Most of the good frameworks you'll find also offer libraries, plug-ins, helpers, and extensions.
Common mistakes when choosing a framework.

When choosing your framework, make sure that it isn't small enough for it to not offer any support

Utilizing a PHP framework that's easy to use and understand is vital, unless you're a pretty advanced PHP programmer. 

You should always make sure that your database and web server is compatible with the framework you've chosen. 

Another common mistake is derailing from the recommended installation process of your PHP Framework. 

Keep your eye on the prize and take your sweet time setting up your framework. Follow your frameworks instructions thoroughly, and avoid distractions.

Available frameworks.
  • Kohana
  • CodeIgniter
  • Akelos
  • CakePHP 
  • Zend Framework
  • Symfony
  • Prado
  • Solar Framework
  • Yii PHP Framework
  • Maintainable
  • Seagull
  • Fuse
  • AjaxAC
  • Phocoa
  • Limb
  • Zoop
  • BlueShoes
  • Qcodo
  • Recess
  • PHPDevShell










Wednesday, December 7, 2011

Hey Bos !!!


Wah… skali baca tajuk macam nak kena pelangkung je bos tu. Kahkahkahkah…

Dialog Top Management

  • Performance kita utk tahun ni sngt teruk sebab pekerja-pekerja kita tak buat kerja sungguh-sungguh. 
  • Buat kerja asal nak gaji saja. Pukul 8.00 pg punch in pukul 5.00 ptg punch out.
  • Tak dak inisiatif, tak pro-active.
  • Bla… bla… bla… bla…

Dialog Employee

  • Bos kita la ni, target tak sampai semua lambak kat kita. 
  • Kata kat kita blab la bla , padahal dia 13 ratus kali 5. 
  • Macam mana kita tak blab la blab la… dia pun bla.. bla.. bla…
  • Bla… bla… bla… bla…

Hah… elok sangat la tu… aku bangau kau pun bangau, tahu! Aku tuduh kau, kau tuduh aku. Terbaekk!!


TEAMWORK !!!

Facebook vs God's Book #3


Having taken the Qur’an as a best friend, we must also make a commitment to building our relationship with it. Best friends don’t happen overnight; we become continuously attached to the person we’ve already connected with because of our consistent ability to reconnect and re-align. So too, with the Qur’an. The Qur’an is always there, waiting to be your closest homie! Why? Because when we establish a relationship with the Qur’an, we are, in reality, establishing a relationship with the One Who created us and knows us best. He tells us;

 “I am as My servant thinks I am. I am with him when he makes mention of Me. If he makes mention of Me to himself, I make mention of him to Myself; and if he makes mention of Me in an assembly, I make mention of him in an assembly better than it. And if he draws near to Me an arm’s length, I draw near to him a fathom’s length. And if he comes to Me walking, I go to him at speed,” (Hadith Qudsi, Bukhari). 

When we think about God, when we make an effort to draw nearer to Him, He comes to us with speed. Therefore, let us run to Him through our relationship with the Qur’an!

Set a certain amount of Qur’an that we must read, regardless of the circumstances, every day. Make sure this amount is in a language that we understand. If we can read Arabic and understand some of it, then read the Arabic but also read a translation. Allah (swt) revealed the Qur’an in the language of the Arabs for them to understand it so that they can live by and be transformed by it. Thus, read it in a language that will impact your life, and do it daily. From 20 pages to only 1 verse, do whatever amount you can do consistently and stick with it because the Prophet ﷺ (peace be upon him) taught us that:

"The best actions are those that are small, but consistent "(Bukhari). 

Reading the Qur’an daily, year-round, is better than reading a ton only in Ramadan and then disregarding it. How can a relationship flourish to its fullest if it is only maintained once a year?

Facebook can be a great networking tool, but if used obsessively, we can become addicted to a media which often brings minute tangible benefits to our lives. Allah’s Book is an incredible networking tool which will connect us to the Creator of the Universe, the One through Whom we can gain tangible benefit in this life and the eternal hereafter. Let’s go to Allah’s Book—to our Best Friend—to the Qur`an—because the best “like” is when Allah (swt) likes your life.

“… Allah is pleased with them, and they are pleased with Him – those are the party of Allah . Unquestionably, the party of Allah – they are the successful.” (Qur`an 58:22)

Tuesday, December 6, 2011

Bohong !!

Readers, ce renung statement kat bawah ni...

IMAM BUKHARI pernah berkata :
"Aku tidak pernah berdusta semenjak aku baligh"


P/s : Kita bukan kata semenjak baligh, celik-celik mata saja.... Malu la wei...

Facebook vs Good's Book #2


Oftentimes, when we’re sad or lonely, when we’re bursting with joy or excitement, when we’re apathetic or just need some down time, we post it on facebook. We let everyone know how we’re feeling, what we’re thinking, something that went down in our day or what we wished didn’t go down. We often treat Facebook as a best friend; checking it and reconnecting frequently. Here’s our opportunity to start shifting that connection; let’s start calling Allah’s Book our BEST FRIEND. With ourselves, let’s start using the term, “Best Friend,” for the Qur’an.

If you have a human best friend, think about the way you run to answer their call when you know they’re about to tell you the outcome of a life-changing decision. Think about the way you laugh when you’re chilling together at the beach or having a conversation over dinner. Think about the way that you dial their number before anyone else’s, knowing almost with certainty that they will pick up the phone and be there for your comfort.

Now, apply that same understanding of your best friend relationship to the Qur’an. If you take the Qur’an as your Best Friend, you’ll run to it when you see it near, knowing it’s calling you, ready to listen to whatever it wants to share for your own benefit, guidance and happiness. When you’re distraught, feeling lonely or at loss, you’ll go to your Best Friend, hold it to your heart, open it and begin reading it, reciting from it, reveling in its mind-blowing empathy, its heart-warming sympathy, it’s perfection of wisdom which relates directly to your situations. When you’re excited beyond measure; ready to jump through the roof because you finally got into that school, got that job, regained your health, going to get married to your dream person or had the blessing of your child, you’re going to pick it up and shed tears of joy or words of elation with it, knowing that in reality, you’re going back to the One Who gave you all that you’re excited about in the first place.

Making the Qur’an your best friend begins with a paradigm shift; this is not simply a Holy Book; it’s the pinnacle of your life, it’s your first supporter, your constant companion, your guide, the keeper of your secrets—it’s your Best Friend.

P/s : So tacing ....

Monday, December 5, 2011

Orang Baru

Baru-baru ni, ramai ofis-mate yang quit atas macam-macam la alasan. Antaranya nak sambung master la, kawen la, dapat kerja lain la. Semalam, masuk lagi sorang staf baru. Bukan programmer biasa wei.. senior programmer.

Masa dalam meeting tadi nampak dia konfiden habes. Knowledge pun macam belambak. Ter'respek' seketika. First impression, look good. Peluang untuk cedok ilmu untuk staf-staf lain.


P/s : Yang pasti, dah ada orang submit resign letter. Huhuhu...

Buku apa tu?


Facebook ka God’s Book ?

What is it about Facebook or other forms of social or popular media that makes you come back, over and over, sometimes multiple times a day—at a minimum? Is it the novelty of reading ever-changing statuses or finding new pictures? Is it feeling appreciated when others comment on your posts? Is it the fun of having instantaneous connections? Is it just boredom? Whatever it is, identify why you keep going back. Then, tweak your reasons for that connection and apply it to the Qur’an.

When you read stories about Noah, Moses, Jesus, Mary, Lot—when you read about their struggles or the people who they called to the worship of God, recognize those as the Qur’an’s updates. The conversations that God quotes in the Qur’an, the arguments of the people to their Messengers, those are all comments to posts in the Qur’an’s feed.

Mary `alayha assalaam (peace be upon her) says something, then God Almighty responds. Jesus `alayhi assalaam (peace be upon him) tells his disciples something and they all start tweeting him back. Moses (as) posts on Pharaoh’s wall, Pharaoh responds with his henchman and is finally completely deleted from Facebook—and the world—in its entirety. God’s Book is more intense, exciting and novel than anything on Facebook. We just need to add it and tag it as our Best Friend.


Sometimes we find Facebook addicting because of our ability to interact with our friends. So let’s find the Qur`an addicting because of our ability to interact with God. When reading God’s Book and you want to like something, say alhamdulilah (all praise is to God)! You’ll get rewards and be increased in what’s good (Qur`an 14:7).  When you personally want to respond to a status, put up your hands and make du`a’ (supplication)! Instead of aimlessly commenting, you’ll be strengthening your connection with the One Who can hook it up for you, Who can hear you and will answer you! When you read the descriptions of Paradise and Hell, know that Allah Most High is uploading images for you to focus on and be impacted by; when you’re captivated or horrified by the image, comment through your actions! Do the actions which will include you amongst the chillers in Paradise and keep you from being in the excruciating fire. That type of commenting will bring everlasting results in this life and the Next and, God willing, Allah subahanahu wa ta`ala (exalted is He) will tag you as His homies in this life and the Hereafter.

P/s : add, update, comment, post, tag, like, images

Sunday, December 4, 2011

Dr. Haron Din pindah jin dengan bas!

Kalau tak silap masa belajar di matrikulasi dulu heboh mengenai cerita Dr. Haron Din pindahkan jin di UUM guna bas. Almaklum sajalah... kawasan UUM kan masih hijau pekat dengan pokok-pokok. Atau dengan bahasa yang sopan sikit, hutan banat! Siap masuk akhbar-akhbar tabloid lagi kot. Dan ada yang bertanya tentang tu dalam kuliah lagi. Ye, ai pecaye cerite tu.

Percaya sampailah tertengok video penafian yang dibuat oleh Dr. Haron Din sendiri. Oooow... gitu rupa-rupanya... khabar angin dong....

Tengok sendiri di http://www.darussyifa.org/.

Saturday, December 3, 2011

Plate Number & Me

Masa banyak habis di jalan. Mata pun melilau tengok sini sana. Bila tengok plate number, secara spontan terlintas di kepala :

  • PHP XXXX : Teringat programming language PHP.
  • KCC XXXX : Korea Color Collection (Pengaruh iklan)
  • KAQ XXXX : Kulliyah Al-Quran
  • PHS XXXX : Perpustakaan Hamzah Sendut, USM (Walhal bukan rajin masuk library pun)
  • KCS XXXX : Teringat Aminah
  • KCF XXXX : Terbayang KFC, even plate tu KCF.
  • KR XX : Fakhrul Radhi AQ3. 
P/s : Merepek....... !!

Friday, December 2, 2011

Cocktail Susu

Penyediaannya mudah bangat. Rasa op kos la sedap. Khas buat santapan anak tekakku, anak-anak tekak abang-abang dan kakak-kakak dan anak-anak buah di hujung minggu. Tak dilupa ayahanda terchenta. I tepek resepi sini ye (gugel je....)

Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak
  • Gula 
  • Nata de coco
  • Jelly/Sumi
  • Esen Vanila

Cara buat:

Didihkan susu ngan air. Tambah gula dan esen. Kacau. Tutup api. Sejukkan. Masukkan jelly, nata de coco dan buah-buahan. Letak dalam peti kasi sejuk sikit. Dah sejuk.... Ngappp.........

Ihsan En. Google

Thursday, December 1, 2011

Masih berhutang satu janji.

My late customer ada minta tolong ajar cara macammana nak run application di localhost. I agreed. But until now... I'm so sorry for the delay. Thanks for being patient enough. 

I promise to make it today. (huh.... another promise!) InsyaAllah.


P/s : Am I too buzy or lazy? Chaos!!

UPDATED : Janji tertunai. Alhamdulillahirobbil 'alamin.

Nokia C3 fits me!

I had to adopt a new phone since my C510 dead! (to be sharp, bateri rosak saja pun... ngengada! ). Tak ralat sangat phone tu rosak even baru lagi.. dalam setahun camtu. Coz apa yang C510 alami tu mmg tragedi. 

Penah tengok tak iklan minuman bijirin kat tv. Ala... yang sorang pompuan tu terletak handbag atas bumbung kereta, pastu dia x sedar dan terus drive camtu je. Then, ada lorry driver yang ternampak dan cuba bagitau dia, then dia buat muka weird... pagi yang tak ceria la kengkonon sbb blm minum produk tu...

In my case, C510 I letak atas bumbung kereta ntah apa pasal pun xtau sementara nak panaskan henjin kereta, then g jenjalan tengok pokok-pokok tanaman. Agak-agak enjin kereta dah panas elok, tertib je masuk dalam kereta.Tutup pintu. Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi, syai un, fil ardhi, wala fissama', wahu wassami 'ul'alim.

Pemanduan tidak terlalu perlahan ye. Sampai di satu jalan yang memang berlopak teruk even berturap tapi tak sempat nak elak sebab lane sebelah ada kereta, maka terhentak la sikit... sikit je... dan waktu tu la C510 membuat aksi terjunan menghantam jalan raya. Aduss.. 

Ketang!! "Eh, ada bunyi benda jatuh. Keta sebelah kot." Pemanduan di teruskan dengan tenang. Suddenly, 

"Talipon.......................!!!".
 Bersepai.... Hambek ko.. cuai sangat....

........................................................

Tara............ the chosen one! 
(Even my brother asyik la dok kempen smart phone.)

Close window
Close window
Close window

P/s : Point of entry? I don't know. Just wanna share... Shame on me!

Tuesday, November 29, 2011

GPS iman



Waktu Siaran : Ahad, 730 pm
Durasi : 1 jam

Konsep : 
  • Bersama bikers pegi ke satu2 kawasan dan buat program kat situ sambil beramah mesra dgn penduduk-penduduk kawasan tersebut.
P/s : Selalu x dapat tngok live dkat tv3 sbb timing dia x berapa nak kena. So, as an alternative.. watch on tonton. Yeay.... !!

Saturday, November 12, 2011

Allah is too kind

17 times a day we ask The Most gracious the Most Merciful to guide us.... ihdinassirotolmustaqim...

Yet sometime i loose track Ya Allah.. i get off balanced... i fall down... please let me get back up... and be the person im suppose to be..

Allah is too kind... too close... too forgiving.. too loving.. but why do we ask and seek upon 'elsewhere' for contentment?

Souce : Wardina



Wednesday, November 2, 2011

Friday, October 28, 2011

Welcome Zul !

Selamat Datang, ahlan wasahlan, welcome.. ZULhijjah....

Bulan Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan utk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
Source

Thursday, October 27, 2011

'Potensi' yang harus dibenam!


Eh, macam pelik pulak kan? Biasa potensi akan digilap, dilatih dan dikembangkan. Lalu, potensi apakah ia sampai harus dibenam sama sekali. Jangan dibiarkan tunas itu mengeluarkan anak daun hijau yang lama-kelamaan akan membesar.

Aku tidak maksudkan potensi untuk menulis, bersyarah, berniaga, mengacara, menjahit, bertani dan lain-lain. Bukan aku maksudkan potensi yang akan memberi manfaat kepada empunya diri dan mengalir ke sekalian ummat. Itu harus disokong dan disuburkan.

Setiap kita ada 'potensi' untuk berlaku tidak jujur.
Setiap kita ada 'potensi' untuk berkata dusta.
Setiap kita ada 'potensi' untuk mengeji dan mengata.
Setiap kita ada 'potensi' untuk menyimpan dendam.
Setiap kita ada 'potensi' untuk berhasad.

Nah, itu yang aku maksudkan. Dalam sedar atau tidak, didikan yang kita terima, keadaan sekeliling dan cara fikir merangsang benih 'potensi-potensi' negatif dalam diri kita. Terkadang, sengaja kita biar ia hidup subur dalam diri. Penat berdepan dengan insan yang pelbagai watak dan ragam, terselit juga dendam. Mengata juga di belakang. Tambah sedikit dusta pada cerita pasti lagi enak.

Eh! mujur saja tersedar awal, baik diracun saja.

Wednesday, October 26, 2011

Insan


Insan..
kisah kita tak sama,
bahagia kita berbeza,
dukacita kita berlainan,
cara kita berbeda,
silap kita di sini sana,

tapi
matlamat kita harus sama,
rujukan kita harus serupa,

kerana
akhir kita di sana.

Ya Allah, aku berlindung dgn redhaMu dari marahMu,
Aku berlindung dgn afiatMU, kesejahteraanMu drpd hukuman Mu,
Aku berlindung dgn Mu drpd tindakan Mu,
Tak dapatlah aku ini menghitung pujian kepadaMu,
Engkau itu wahai Allah, sebagaimana yg Engkau puji diriMu
Ya Allah, tdk ada yg dapat menghalang apa yang telah Engkau berikan.
Ya Allah, tdk dapat memberi apa yg telah Engkau halang.


Monday, October 24, 2011

DIY : Penyegar Udara

Brapa kos tuk bli Glade and beberapa product lain yg seangkatan dgnnya utk mewangikan alam sejagat?. Memanglah affordable, tp klu dah ada alternatif lain yg lebih mesra alam nih, why not kita cuba kan? Bukan susah pun...

Bahan utama : Daun pandan

Pulau pandan jauh ke tengah..

Kekdah Pertama :
- Kerat halus2, dan pack / letak je dlm mangkuk.

 



Kekdah Kedua :
- Simpul je trus mcm nak letak dlm periuk nasik.


Mana nak letak ?
- mana2 la yg disukai. Dlm kereta ka, bilik tidoq ka, dapoq ka, bilik ayaq ka, ruang tamu ka, lemari baju ka, rak kasot ka... sesedap rasa.

Bug repellents.
Bkn stakat menyegar ruang, lipas2 dan yg sebangsa dgnnya pun lari la.. O my...

Tersangatlah excited nak try jap g. Target dah ada, kete and blik tdo. Alangkah jimatnya. hikhik...

P/s : Natural air fresheners are definitely healthier than chemical air fresheners, right? Op kos !

Wednesday, October 19, 2011

Berkelah di Orbit

Nnt akan ada org letak di facebook gambar dia p melancong ke angkasa sana. Berlatarbelakangkan meteor, bulan dari planet lain, pakai baju angkasawan. Ce imagine..

........................................................................

Diorang plan end of 2012 penerbangan pertama.
Dah 450 orng bli tiket nak ke angkasa.
Depa akan naik kapal angkasa WhiteKnightTwo.
Tambang : $200,000 (RM600,000) pergi balik
Tempoh perjalanan : 2 jam setengah.

Penumpang bleh tngok Bumi dr orbit dlm keadaan terapung-apung... yg sblm ni hnya dialami oleh angkasawan.

Source
........................................................................



P/s : Will you go if you have that amount of money or if someone pay for you?

Friday, October 14, 2011

Kisah Berok... tak kusangka..

Crita ni smalam punya. Balik dari keja tngok ada pisang 2 sikat kat dapoq. Goreng. Makanlah kami beramai2 kat luaq umah.

Kisah bebudak 

Amin ambik cucoq p makan atas doi ( a.k.a buaian). Nurul ambik cucoq  n makan sambil dok berdiri hayun Amin. Tiba-tiba...

Amin : Woi... apa ni... klu berok tengok pun dia kata "apa ni... aku dapat pisang pun makan duduk".  Eee.. apa nurun ni, x malu kat berok. Mai dok ngan abg Amin ni.

....... Aku ? pisang d tangan, duduk di kerusi. Alhamdulillah.

P/s : Ganas btoi ayat dia. Slalunya dia guna ayat, "Ustz kata bla bla bla bla...".

Duduk !



Thursday, October 13, 2011

pasai a.k.a pasal



Scenario A
Abu : Mat, Nabi kita buat mcm ni, mcm ni, mcm ni....
Mat : Tu Nabi......

P/s : Hey..pasai Nabi la kita kena ikut....

Scenario B
Abu : Hang ni, x elok kata kat dia lagu tu..
Mat : La.... aku kata ni benda betoi pa..

P/s : Hello..... Pasai benda betoi la NGUMPAT, klu benda x btoi tu FITNAH

Wednesday, October 12, 2011

Use the right flavour


Sy suke perasa DURIAN !

There are things which people unanimously love and appreciate, and things which they unanimously dislike. There are also things upon which they differ, so while some may be appreciative of them, others may find them cumbersome. Hence, everyone loves to be smiled at and hates to be frowned at, yet some may appreciate jokes whilst others may not. Some people may like others visiting them whilst others would rather be left alone. Some may love to talk excessively whilst others may not. 

Often people feel comfortable with those of the same nature as themselves. Why not then be pleasing to people of all natures?

An opinion : Do not think that people are of a similar nature. Rather, they differ tremendously.

Tuesday, October 11, 2011

BAJET 2012

Nak ulas pasal bajet 2012 yg PM bentang baru2 ni.. ececece.... kagum2... Rentikanlah! 

Lepas pada bajet tu, ada pihak2 yg buat perbincangan mengenai bajet tu. Yang terlibat dgn perbincangan tu bkn calang2.

Terang lagi bersuluh, bkn sy yg ulas tp mereka yang memerah otak!


Ada benda yg depa :
  • Sokong sepenuhnya
  • Sokongan dengan nota perhatian
  • Komen scra umum.
Dont know y i highlighted points below :
  1. Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan. Patot2 dah lama, Good2.
  2. Umur bersara lanjut ke 60 tahun. I wish to retire rich and young.
  3. Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion. Suka2, bersempena hobi baru. Who knows.... Allah knows.
  4. Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam. Jimat PTPTN.
  5. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam. Selain itu, pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, hal ini tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
  6. Skim rumah pertama (SRP) bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu  menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah, hal ini memerlukan pantaun sewajarnya.
  7. Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias untuk menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
  8. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.

Keeping A secret !


A famous old saying goes, “Any secret that passes beyond two is bound to spread.” Someone was asked, “Who are ‘the two’ being referred to here?” He pointed to his two lips and said, “These two!”


You are valued by your ability to keep secrets, for then the people will trust you and open up their hearts to you. Your status will increase in their eyes and they will look at you as a trustworthy person. Hence, train yourself to keep your own secrets and that of others.


It is said, The one who knows your secrets enslaves you.




Sunday, October 9, 2011

1 Ayat | Yaasin #12


$¯RÎ) ß`øtwU ÌÓ÷ÕçR 4tAöqyJø9$# Ü=çGò6tRur $tB (#qãB£s% öNèdt»rO#uäur 4 ¨@ä.ur >äóÓx« çm»uZøŠ|Áômr& þÎû 5Q$tBÎ) &ûüÎ7B ÇÊËÈ  

  Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam kitab (ibu suratan) yang jelas nyata.


In term of bad deeds : 
  • Pabila kita adalah pelakunya, moga Allah rasakan takut dan insaf di hati kita lalu kita bertaubat. Kerna alibi jelas. Kita pasti tumpas di mahkamah akhirat. Na'uzubillah.
  • Pabila kita adalah mangsa, sabarlah dan tenanglah. Kerna alibi jelas. Semuanya terakam. Kita pasti menang.
In term of good deeds : 
  • Moga amalan kita diterima.