Thursday, October 27, 2011

'Potensi' yang harus dibenam!


Eh, macam pelik pulak kan? Biasa potensi akan digilap, dilatih dan dikembangkan. Lalu, potensi apakah ia sampai harus dibenam sama sekali. Jangan dibiarkan tunas itu mengeluarkan anak daun hijau yang lama-kelamaan akan membesar.

Aku tidak maksudkan potensi untuk menulis, bersyarah, berniaga, mengacara, menjahit, bertani dan lain-lain. Bukan aku maksudkan potensi yang akan memberi manfaat kepada empunya diri dan mengalir ke sekalian ummat. Itu harus disokong dan disuburkan.

Setiap kita ada 'potensi' untuk berlaku tidak jujur.
Setiap kita ada 'potensi' untuk berkata dusta.
Setiap kita ada 'potensi' untuk mengeji dan mengata.
Setiap kita ada 'potensi' untuk menyimpan dendam.
Setiap kita ada 'potensi' untuk berhasad.

Nah, itu yang aku maksudkan. Dalam sedar atau tidak, didikan yang kita terima, keadaan sekeliling dan cara fikir merangsang benih 'potensi-potensi' negatif dalam diri kita. Terkadang, sengaja kita biar ia hidup subur dalam diri. Penat berdepan dengan insan yang pelbagai watak dan ragam, terselit juga dendam. Mengata juga di belakang. Tambah sedikit dusta pada cerita pasti lagi enak.

Eh! mujur saja tersedar awal, baik diracun saja.

0 comments: