Tuesday, February 9, 2010

IKLAN DIRI

"... Kata-kata anda adalah iklan diri anda."

Begitulah antara kandungan mesej yang Perahu dapat selepas dua tiga hari create blogger account. Terjentik minda buat seketika. Pada pandangan Perahu, ini adalah satu peringatan yang sangat penting. Perahu tidak tahu atas pertimbangan apa muslimah ini menghantar mesej tersebut. Yang pasti, tujuannya sangat suci dan murni.

Apa yang tersirat disebalik mesej yang tersurat ni? Setakat pemahaman Perahu la, segala apa yang kita tuturkan, tuliskan akan mempamerkan wajah penutur dan penulis tu secara tak lansung. Makanya, berhati-hatilah dengan ucapan dan tulisan kita. Jadi, tak perlu khuatir untuk meluangkan masa berfikir sejenak sebelum bercakap atau menulis sesuatu.

Tersilap type boleh delete, tersilap kata tak boleh 'undo'.

Syukran ya sodiqohi.... ;)

P/s: Dah pk dah... hehe..

0 comments: