Saturday, February 13, 2010

Muhasabah hati #3


Ada ketika-ketikanya, kita terasa apa yang dibuatnya serba tidak kena. Pada hari, minggu atau bulan yang malang itu, kecelakaan seolah-olah datang timpa menimpa. Bagun Subuh lewat, baca Quran luput, solat resah, dimarahi oleh bos, duit gaji lambat, bergaduh dengan kawan, tayar motosikal meletup dan macam-macam lagi. Jadi, kalau demikian halnya, apa yang sebenarnya tidak kena? Dan bagaimana hendak membetulkan keadaan? Hendak bermula dari mana? Wah, pening kepala dibuatnya.

Dalam apa jua kondisi, mengubah diri itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan mengubah keadaan yang kita hadapi. Jadi, apabila berdepan dengan masalah kewangan, dimarah ayah-ibu, tayar motor yang meletup, bergaduh dengan kawan-kawan… hendaklah diingat, ubahlah diri kita sebelum cuba mengubah perkara-perkara yang di luar diri kita. Pertama, remaja perlulah memahami bahawa kehidupan ini disusun dengan satu peraturan yang sangat rapi dan saling berkait rapat antara satu sama lain. Peraturan ini dinamakan Sunnatullah. Barat menamakannya ‘law of nature’. Hukum Sunnatullah ini juga dikenali sebagai ‘cause and effect’ (sebab dan akibat). Hukum ini bukan sahaja berlaku dalam bidang fizik, biologi, ekonomi dan lain-lain.

Kitalah yang menjadi penyebab utama kepada berlakunya sesuatu akibat. Kita perlu mengetahui, mengetahui dan mencari kesalahan itu dalam diri sendiri. Oleh itu, bila ditimpa masalah maka muhasabah tentang perlakuan kita di semua dimensi. Dimensi hubungan kita dengan Tuhan, manusia, pekerjaan, kewangan, kesihatan, tanggung jawab dan peranan yang telah diamanahkan bagi kita melaksanakannya. Telitilah terlebih dahulu soal-soal besar dalam hidup kita tetapi jangan lupa… soal-soal kecil juga kadangkala memberi impak besar untuk menyumbangkan sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan.


Copied from: Ustaz Pahrol Mohd. Juoi

Wednesday, February 10, 2010

Panggilan Hangit....!

Petang semalam, masa dok kalut kemas nak balik keja tiba2 ada panggilan masuk. Private number. Angkat je lah.. Hohoho.. Suara dan loghat Indonesia ma.... Tapi yg bestnya mengaku wakil dari celcom. Antara butir-butir perbualan:

Anda telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-2 peraduan Celcom
Hmmm....
Anda berjaya memenangi 5000 ringgit.
Ye...
Kami mahu hantar hadiah tersebut hari ini
Okay...
Tahniah kepada anda!
Thank you!
Kami akan hantar hadiah tersebut ke dalam akaun maybank anda
Hmmm...
Jadi kami perlukan nombor akaun maybank anda.
TAK NAK!!!.. (terus letak talipon)

Mmg Perahu pernah dngar kes penipuan mcm ni. Tak sangka la pulak Perahu pun tiba2 mendapat panggilan yg bersifat mcm tu. Masa jawab panggilan tu mmg takut. Mcm2 pikir. Dah la dulu pernah heboh kes pukau melalui phone calls dari Indonesia.

P/s: O Allah the Almighthy, protect me and guide me....

Tuesday, February 9, 2010

Bersediakah???

Mungkin entry kali ni agak lain skit sbb menyentuh hal r/tangga. Knapa tajuk ni? Hujung minggu lalu Perahu balik kampung. Gosip2 ngan kakak ipar. Sampailah ke telinga Perahu bermacam-macam karenah org yg bergelar isteri. Apa yang Perahu dapat simpulkan dari semua kisah2 pada petang tu ialah, adakah mereka betul2 bersedia sewaktu setuju diperisterikan orang? kalau tak ready jgn dok tebiang.

Terkejut jugak, suami dah pergi kerja tapi isteri belum tinggal tempat tidur. Suami balik kerja isteri baru bangun tidur. Makan tengahari mentua yang masakkan. Rupanya ada isteri yang sebegini. Mungkin terbawa-bawa rutin zaman anak daranya yang dah biasa bangun tengahari. Hidup sendiri-sendiri. Bagaimana subuhmu? Bagaimana t/jawabmu? Kenapa kahwin kalau tiada komitmen? Hakikatnya, keluarga kedua-dua pihak akan terkesan oleh ketidakmatangan diri sendiri.

Marah jugak la dengan cerita2 petang tu. Tapi marahkan siapa? Nak marah bini orang? Oh no... NO POINT!. Sekadar jadikan iktibar dan peringatan utk diri sendiri.

Kenapa tidak memilih untuk membahagiakan perkahwinan sendiri? Pelik betul. Cubalah untuk gembira dengan menunaikan t/jawab. Memanglah jalannya berliku dan menuntut mujahadah yang bukan sedikit. Tapi, itulah maharnya.

Dalam asyik dok bergosip tu, sempat pulak Perahu ditanya, "Bila planning nak kawen?".
Oh tidak, nanti la dulu, bagi pandai fikir skit. Tak sanggup nak menganiaya suami sendiri.

P/s: Masih belajar2 menjadi anak yang sejuk perut mak ayah.

IKLAN DIRI

"... Kata-kata anda adalah iklan diri anda."

Begitulah antara kandungan mesej yang Perahu dapat selepas dua tiga hari create blogger account. Terjentik minda buat seketika. Pada pandangan Perahu, ini adalah satu peringatan yang sangat penting. Perahu tidak tahu atas pertimbangan apa muslimah ini menghantar mesej tersebut. Yang pasti, tujuannya sangat suci dan murni.

Apa yang tersirat disebalik mesej yang tersurat ni? Setakat pemahaman Perahu la, segala apa yang kita tuturkan, tuliskan akan mempamerkan wajah penutur dan penulis tu secara tak lansung. Makanya, berhati-hatilah dengan ucapan dan tulisan kita. Jadi, tak perlu khuatir untuk meluangkan masa berfikir sejenak sebelum bercakap atau menulis sesuatu.

Tersilap type boleh delete, tersilap kata tak boleh 'undo'.

Syukran ya sodiqohi.... ;)

P/s: Dah pk dah... hehe..

Monday, February 1, 2010

Nak dapat VS Nak jadi


Minggu lepas Perahu balik kampung. Walaupun agak sbuk dgn agenda t'tentu, tp Perahu rasa masa Perahu terisi. Dan dlm sibuk2 tu jugakla, Perahu sempat lagi membelek sebuah buku yg dbli masa Perahu training d Gurun. Memang dah baca da lepas bli tu, tp rasa nak baca lagi.

Al-maklumla, pengarangnya adalah penulis kesukaan Perahu. Gaya bahasa yg digunak mudah tetapi berbunga. Ulasannya santai tp sarat dgn hikmah bijak pndai. Buah fikirnya selalu lain dari yg lain.

Dari topik 1, pindah topik 2, pindah..pindah..pindah... sampai mata pun dah ngantok. X sempat khatam. Jadi Perahu pun wat kputusan utk bawak buku tu blik USM. Lgpun Perahu x dak keje waktu mlm, bleh la smbung bc...

Cuma nak kongsi skit, antara buah fikir penulis dalam buku tu:

Kita selalu fikir apa yang kita nak dapat. Nak kreta mewah, nak rumah besar, nak gaji tinggi, nak kerja tetap, nak itu dan nak ini.

Tapi kita sering lupa untuk fikir apa kita nak jadi? Nak jadi anak yg bagaimana, nak jd remaja yg bagaimana, nak jd hamba Tuhan yg bagaimana, nak jd kawan yg bgaimana, jiran yg bagaimana, pekerja yg bagaimana dan selanjutnya.


P/s: Perahu, ambillah sedikit masa, renunglah, fikirlah, bertindaklah.....