Wednesday, November 10, 2010

Penyanyi Menangis.


Ada satu kisah..

Suatu hari Abdullah bin Mas'ud berjln2 di kota Kufah. Dia nmpak sekumpulan pemuda dan org2 fasik berhimpun ramai2 smbil minum minuman keras. Di tengah2 kumpulan tu ada seorg pemuda yg pndai main gitar, pandai menyanyi dan mempunyai suara yg merdu. Nama dia Zadzan.

Abdullah bin Mas'ud terdengar lantunan merdu suara Zadzan menyanyi sesuatu. Spontan saja keluar dari mulut dia, "Betapa merdunya sekiranya suara itu dipergunakan untuk membaca al-Quran." Abdullah bin Mas'ud berlalu pergi.

Zadzan terdengar kata2 Abdullah bin Mas'ud. Zadzan tanya "Siapa org itu?" Jawab mereka; "Abdullah bin Mas'ud, sahabat Rasulullah saw". "Apa yang dikatakannya" tanya Zadzan. Mereka menjawab, "Betapa merdunya sekiranya suara itu dipergunakan untuk membaca al-Quran."

Mendengar saja kata2 itu, Zadzan sambil berdiri membaling gitar dia ke tanah sampai pecah berderai. Zadzan bergegas berjumpa dengan Abdullah bin Mas'ud dengan kain dibelit dilehernya. Apakah bakal terjadi pergaduhan yang maha dahsyat satg???

Bila berjumpa dgn Abdullah bin Mas'ud, Zadzan menangis semahunya. Abdullah bin Mas'ud cuba memujuk dgn memberi khabar gmbira pada Zadzan, hingga kedua2 depa sama2 menangis.

Akhirnya Zadzan bertaubat kpd Allah swt dr dosa2nya. Dia ikut Abdullah bin Mas'ud hingga memperoleh bnyk ilmu dan mnjadi imam dalam hal ilmu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalannya, apa yang dia rasa bila org kata dekat dia 'Betapa merdunya sekiranya suara itu dipergunakan untuk membaca al-Quran.'. Macammana dia boleh rasa smpai mcm tu? Allah.. Mampukah kita nak rasa macammana yg dia rasa? Macam mna? Allah..



0 comments: