Showing posts with label La Tahzan. Show all posts
Showing posts with label La Tahzan. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Pasakkan pada tempat yang betul.



Lili : Aku takut nak baik-baik dengan dia tu. Waktu elok ni takde masalah la. Kang nanti kalau ada apa-apa, gaduh ke hapa.. habes nak ngungkit...

Kalau semua orang fikir macam ni, takde orang nak buat baiklah. Masing-masing takut kebaikkan dikhianati, hati terlukai.

Kan dah salah mindset tu, ce tukar !
- Buatlah kebaikkan kerana Allah
- Buatlah sesuatu tidak dikeranakan balasan manusia
- Hakikatnya, jasa dan kebaikkan yang kita buat tu ALLAH PUNYA!

Justeru, sekalipun dizalimi bukanlah beerti engkau tidak akan bersedih lansung. Sedih tu mungkin rasa, tetapi tidaklah keterlaluan kerana telah engkau pasakkan amal itu pada tiang yang betul.

P/s : Note to self... =P

Thursday, November 8, 2012

Melaras Kekuatan Dalaman


SURAH MUZAMMIL

9. Dia lah Tuhan Yang Menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan dia; maka Jadikanlah Dia penjaga Yang menyempurnakan urusanmu.


10. dan Bersabarlah terhadap apa Yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka Dengan cara Yang baik.


11. dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang Yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang Yang berada Dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;


12. kerana Sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka Yang menjulang-julang,


13. serta makanan Yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

  
14. (azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir Yang mudah bersepah.


Saturday, April 14, 2012

Kehidupan

Namun, kita perlu yakin tanpa syak bahawa Allah benar-benar mengetahui segalanya. Dia Maha Mengetahui antara yang hitam dan putih, antara yang bersih dan kotor. Dia Mengetahui siapa hambaNYA yang bertaubat, siapa pula hambaNYA yang keras jantung hati. Penilaian Tuhan sentiasa adil tanpa kekurangan. Hari-hari yang baki memberi peluang insan membaiki diri. Bahkan dengan keikhlasan kepada Tuhan, kebaikan hari ini dapat memadamkan keburukan hari semalam.

Wednesday, December 28, 2011

1 Ayat : Al-Muzammil 10, 11


(10) Dan bersabarlah terhadap apa yg dikatakan oleh mereka. Dan jauhkanlah dirimu dari mereka dgn cara yang baik.
(11) Dan biarlah Aku sahaja membalas org2 yg mendustakan itu, org2 yg berada dlm kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

Sunday, December 18, 2011

Cara minta tolong.


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqoroh : 45)

Bukan hati kita tidak bisa mengerti bukan hati tidak pernah memahami. Cerita dan kehendak yang tertulis sesekali tersimpan di ingatan. Cuba dileraikan namun masih kuat di hati. DIA itu mengerti setiap masa dan sentiasa di sisi. Sewaktu melihat gelak ketawa kanak-kanak membuatkan hati ini tenang dan gembira. Terasa ingin kembali menjadi seperti mereka.

Sungguh hidup ini sesuatu yang indah untuk dinikmati dan dikongsi jika kita tahu bagaimana pelayaran sebuah nakhoda itu berakhir. Qalbu salim adalah hati yang sempurna dicari sepanjang pelayaran seorang insan bergelar hamba.

Wednesday, October 26, 2011

Insan


Insan..
kisah kita tak sama,
bahagia kita berbeza,
dukacita kita berlainan,
cara kita berbeda,
silap kita di sini sana,

tapi
matlamat kita harus sama,
rujukan kita harus serupa,

kerana
akhir kita di sana.

Ya Allah, aku berlindung dgn redhaMu dari marahMu,
Aku berlindung dgn afiatMU, kesejahteraanMu drpd hukuman Mu,
Aku berlindung dgn Mu drpd tindakan Mu,
Tak dapatlah aku ini menghitung pujian kepadaMu,
Engkau itu wahai Allah, sebagaimana yg Engkau puji diriMu
Ya Allah, tdk ada yg dapat menghalang apa yang telah Engkau berikan.
Ya Allah, tdk dapat memberi apa yg telah Engkau halang.


Saturday, December 25, 2010

Mata Hati | 2 ujian

"Dan Kami uji kamu dgn keburukkan dan kebaikkan, sbg ujian (yg sesungguhnya). Dan hanya kepada Kami kamu akan kembali " - Surah al.Anbiya' : 35.

Ayat di atas menjelaskan kpd kita, bahawa kita diuji Allah dgn 2 ujian, iaitu:

Keburukkan:
  • Ujian dgn keburukkan ini boleh berlaku dlm bentuk kemiskinan, sakit, kerugian dalam berniaga, kehilangan harta benda, kegagalan dlm mencapai sesuatu yang kita dambakan dan sebagainya.
Kebaikkan:
  • Ujian dgn kebaikkan ini, bermakna Allah Taala menguji kita dgn sesuatu yang kita senangi, seperti kekayaan, kemegahan, pangkat, kejayaan dlm sebarang usaha yang kita lakukan, kesihatan dan seumpamanya.
Source : Kaifiyat Mempertajam Mata Hati dlm Mengenal Allah.

Sunday, November 28, 2010

La Tahzan | Air mata taubat adalah air yang paling suci.

Allah SWT mencintai org2 yg bertaubat & org2 yg menyucikan diri. Bahkan, Allah sngt senang dgn taubatnya seorang hamba.
Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dgn kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran di dlm hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dalam hati, dan titisan2 air mata. Yg demikian adalah awal perjalanan yg ditempuh oleh org2 yg bertaubat, modal org2 berjaya, langkah awal mereka yg menghendaki Allah, dan kunci istiqamah mereka yg hatinya condong kepada Allah.

----------------------------------------------------------------------------------------

Hadapilah kenyataan yg tidak ada jalan keluar darinya. Anda kelak akan menjumpai di dunia ini hal-hal yg anda tidak akan mampu mengubahnya, tetapi hanya mampu berinteraksi dengannya dengan berbekal kesabaran dan iman.


Monday, November 22, 2010

La Tahzan | Kunci


  • Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah & RasulNya
  • Kunci rezeki adalah berusaha disertai dgn istighfar dan ketaqwaan.
  • Kunci syurga adalah Mengesakan Allah.
  • Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda2 kebesaran yg ada pada makhluk2Nya.
  • Kunci kebaikkan adalah kejujuran.
  • Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari, dan meninggalkan perbuatan dosa.
  • Kunci ilmu pengetahuan adalah tdk malu bertanya dan mendengar dgn baik.
  • Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
  • Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
  • Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
  • Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah adalah berdoa.

Tuesday, November 16, 2010

La Tahzan | Bahagia itu..


Orang yang penyabar dapat meraih perkara yang terbaik.
---------------------------------------
Allah menggantikan yang hilang itu
dengan yang lebih baik.
Yakinlah..!
Celikkan mata hatimu.
--------------------------------------
Memikirkan kebahagian bererti
memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan
apa yang terjadi nanti.
Dan sampai batas tertentu,
berfikir terlalu jauh itu
boleh mengusik kebahagian itu sendiri.

Sunday, November 7, 2010

La Tahzan | Harap + Gelisah


Sesuatu yang sangat diharapkan itu
justeru akan melahirkan kegelisahan.
------------------------------------------------------------------------------
Betapa banyak urusan yg berkesudahan dengan kegembiraan,
Padahal permulaanya terasa begitu menyedihkan.
------------------------------------------------------------------------------
Jalan kebahagian ada di depanmu.
Carilah ia dalam lautan ilmu, amal soleh dan akhlak yg mulia.
Bersikaplah objektif dlm setiap hal,
Nescaya engkau akan bahagia.
------------------------------------------------------------------------------
Dan dijadikan kesejukan hatiku
bila berada dalam solatku..

Tuesday, November 2, 2010

La Tahzan | Cukuplah


Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah !
----------------------
Jangan kau berputus asa kerana tidak melihat jalan keluar.
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdirNya?
----------------------
Bukan emas permata yang mempercantikkan anda,
melainkan yang mempercantikkan anda adalah AKHLAK anda,
dan kekayaan anda adalah ETIKA anda.