Wednesday, January 18, 2012

Layakkah aku menjadi sahabatmu ?


Firman Allah SWT
Wahai, celaka aku ! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan (syaitan atau orang yang telah menyesatkannya di dunia) itu teman akrab(ku). (28) Sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan (Al-Quran) ketika (Al-Qur'an) itu telah datang kepadaku. Dan syaitan memang pengkhianat manusia. (29) : Al-Furqan.
 Sabda baginda Nabi SAW
Sahabatmu adalah cerminan dirimu. Jadi, perhatikan siapa yang menjadi sahabatmu. ['Sahih al-Jami'' (3545) and 'as-Silsilah as-Sahihah' (927)] 
Maka fahamlah kita bahawa, not everyone suitable to be a friend.

Dalam soal jodoh, biasa orang akan menyebut, jangan hanya mengharap pasanganmu seorang yang soleh/solehah, sebaliknya jadilah kamu orang yang soleh/solehah, nescaya kamu akan mendapat yang soleh/solehah juga.

Dalam konteks bersahabat, konsepnya sama. Jadilah kamu sahabat yang baik. Jangan hanya pandai berkata "si dia tidak layak untuk menjadi sahabat saya kerana bla bla bla ". Sebaiknya usahakanlah kamu untuk menjadi orang yang boleh dijadikan sahabat.

Kawan-kawan sekalian, jom kita sama-sama bantu-membantu supaya semua kita layak untuk menjadi sahabat. Rasakan manisnya persahabatan. Ukhwah fillah. Peace yeoww !

2 comments: