Monday, January 30, 2012

I hate farewell party !

Hari ni kami berpeluang untuk adakan majlis perpisahan for one of our member yang bakal berkhidmat di tempat lain. Bukanlah saya tidak menyukai majlis tersebut. Cumanya, I just hate because it will make me sad walaupun itulah sebenarnya yang akan menjadi kenangan terakhir untuk orang yang diraikan tu. Ok fine, itu ok lagi. Tapi setelah diberitahu yang setiap orang dijemput untuk berucap sepatah dua, aduh...

Sampai masanya nak ucap sepatah dua, huhu... baru sempat dua tiga ayat lidah dah kelu, dah tak tercover dah kesebakkan. Penat je control jiwa kental dari mula. Leceh btol, hilang macho.... ai don laik ! Then I decide untuk pass ke orang lain saja lah, kang kalau continue kang, memang neng yatimah kat situ gak le. Nantilah ai pergi cakap alone-alone ye, kalau 'ter'neng yatimah pun tak segan sangat kan, takde orang lain, kita bedua je kan.. kan.. hehu....

I hate farewell party because I know that someone will left me.

P/s : I will surely miss you Kak Za. Have a great journey my friend, with the blessing of Allah The Almighty.

Friday, January 27, 2012

Kerja | Menuju ke pagar bintang.

Faculty of Medical will take over our current building. Insan System had to move to Stargate. I don't feel good about this. The distance from my house to this new location is too............. far far far away. Pasti tersadai keletihan memandu. Keluar pun haruslah awal. Balik ? Sharp at 5.00.


30 January 2012 : Packing barang
31 January 2012 : Move to stargate.

Rumah sewa ?   Oooo no, not now. =P


Wednesday, January 25, 2012

Masukilah Taman Pengetahuan

Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Dia akan menjadikannya memahami agama. (Hadith riwayat Al_bukhari dan Muslim)

Cuba bandingkan diri sendiri dengan peserta-peserta Imam Muda, Ustazah Pilihan, Solehah. Choop !! Jangan bandingkan dengan juara ye... cukup sekadar dengan perserta-peserta yang tersingkir. How ?

Kita solat hari ini, kita puasa hari ini, wudhuk kita tadi, dengan ilmu yang mana? Ilmu yang dipelajari masa tadika dulu? masa sekolah rendah dulu ? pernah update tak?

Sekadar dengar-dengar mp3 kuliah-kuliah agama itu bagus. Tapi bila kali terakhir kita hadir, duduk dan belajar dalam majlis ilmu ? Bila kali terakhir kita sembang pasal agama sambil duduk-duduk dengan kawan-kawan, family?

~ Pitam !
People, sabda Nabi SAW, kalau esok kiamat, ada benih dalam tangan, tanam benih tu. Tak pernah ada istilah terlambat. So, wake up people ! It's ok. 

Lets get to know our religion in deep. Bukan untuk masuk imam muda or ustazah pilihan ye, bukan juga untuk jadi ustaz ustazah. Dah tu untuk apa?

Analoginya macam ni. Sebab apa kita belajar memandu? Supaya kita boleh pandu kereta tu dengan baik dan selamat dari kemalangan. Jadi, hidup kita pun perlu dipandu. Lets get our self the LICENSE. Agar selamat dari kemalangan di lebuhraya kehidupan. Takkan nak lesen P sampai mati kan... bila mau kompom?

Hey ! they said sikit-sikit pun xpa.. but istiqomah is a MUST ! Let us pray for each other. 

P/s : Sihat sejahtera tak bermakna ajal tak menyapa..



Wednesday, January 18, 2012

Layakkah aku menjadi sahabatmu ?


Firman Allah SWT
Wahai, celaka aku ! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan (syaitan atau orang yang telah menyesatkannya di dunia) itu teman akrab(ku). (28) Sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan (Al-Quran) ketika (Al-Qur'an) itu telah datang kepadaku. Dan syaitan memang pengkhianat manusia. (29) : Al-Furqan.
 Sabda baginda Nabi SAW
Sahabatmu adalah cerminan dirimu. Jadi, perhatikan siapa yang menjadi sahabatmu. ['Sahih al-Jami'' (3545) and 'as-Silsilah as-Sahihah' (927)] 
Maka fahamlah kita bahawa, not everyone suitable to be a friend.

Dalam soal jodoh, biasa orang akan menyebut, jangan hanya mengharap pasanganmu seorang yang soleh/solehah, sebaliknya jadilah kamu orang yang soleh/solehah, nescaya kamu akan mendapat yang soleh/solehah juga.

Dalam konteks bersahabat, konsepnya sama. Jadilah kamu sahabat yang baik. Jangan hanya pandai berkata "si dia tidak layak untuk menjadi sahabat saya kerana bla bla bla ". Sebaiknya usahakanlah kamu untuk menjadi orang yang boleh dijadikan sahabat.

Kawan-kawan sekalian, jom kita sama-sama bantu-membantu supaya semua kita layak untuk menjadi sahabat. Rasakan manisnya persahabatan. Ukhwah fillah. Peace yeoww !

Tuesday, January 17, 2012

Two Thousand Twelve

Woohoooo.... Sekarang dah pertengahan January kot.

Azam utk perahu-usia : Mudah-mudahan entri-entri yang bakal terhasil tahun ni dan tahun-tahun akan datang (klu panjang umur la, God willing!) akan lebih tuntas, bernas, bermanfaat, kritis yet easy to digest.

Ya Hayyum, Ya Qayyum, rahmati hidupku. Perbaikilah seluruh urusan hidupku. Dan janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri. Wahai Tuhan, terimalah doaku. Amin