Friday, April 16, 2010

Belasungkawa Nokia 3200

Malam tu..... tngah2 dok sms, hairan awat la hamba Allah tu x reply. Belek punya belek, jeng..jeng..jeng... kompom jahanam.....

"Redhalah...ketentuan ini, x usah di amuk, resah...." -- POYO, mcm la enset mahal..

Al-hasil, enset ayah jd mangsa. He2.... Blackberry tu......

P/s: Harap jgn percaya yer.... 'black' tu btoi la... tp 'berry' tu dusta semata.

Sunday, March 14, 2010

Perahu terbiar

Kata orang, rumah klu lama tinggal akan ada makhluk tak berjisim datang berehat. Lama-kelamaan tuan rumah pun jd takut nak balik menetap dkat rumah sendiri. Tapi jgn risau, xde makhluk yg mcm tu dtg bertandang dkat blog ni walaupun dah lama terbiar tanpa penyelenggaraan. Dah sebulan lebih tak menyapu sampah dekat blog ni, berhabuk skit la.. hehe...

Saturday, February 13, 2010

Muhasabah hati #3


Ada ketika-ketikanya, kita terasa apa yang dibuatnya serba tidak kena. Pada hari, minggu atau bulan yang malang itu, kecelakaan seolah-olah datang timpa menimpa. Bagun Subuh lewat, baca Quran luput, solat resah, dimarahi oleh bos, duit gaji lambat, bergaduh dengan kawan, tayar motosikal meletup dan macam-macam lagi. Jadi, kalau demikian halnya, apa yang sebenarnya tidak kena? Dan bagaimana hendak membetulkan keadaan? Hendak bermula dari mana? Wah, pening kepala dibuatnya.

Dalam apa jua kondisi, mengubah diri itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan mengubah keadaan yang kita hadapi. Jadi, apabila berdepan dengan masalah kewangan, dimarah ayah-ibu, tayar motor yang meletup, bergaduh dengan kawan-kawan… hendaklah diingat, ubahlah diri kita sebelum cuba mengubah perkara-perkara yang di luar diri kita. Pertama, remaja perlulah memahami bahawa kehidupan ini disusun dengan satu peraturan yang sangat rapi dan saling berkait rapat antara satu sama lain. Peraturan ini dinamakan Sunnatullah. Barat menamakannya ‘law of nature’. Hukum Sunnatullah ini juga dikenali sebagai ‘cause and effect’ (sebab dan akibat). Hukum ini bukan sahaja berlaku dalam bidang fizik, biologi, ekonomi dan lain-lain.

Kitalah yang menjadi penyebab utama kepada berlakunya sesuatu akibat. Kita perlu mengetahui, mengetahui dan mencari kesalahan itu dalam diri sendiri. Oleh itu, bila ditimpa masalah maka muhasabah tentang perlakuan kita di semua dimensi. Dimensi hubungan kita dengan Tuhan, manusia, pekerjaan, kewangan, kesihatan, tanggung jawab dan peranan yang telah diamanahkan bagi kita melaksanakannya. Telitilah terlebih dahulu soal-soal besar dalam hidup kita tetapi jangan lupa… soal-soal kecil juga kadangkala memberi impak besar untuk menyumbangkan sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan.


Copied from: Ustaz Pahrol Mohd. Juoi

Wednesday, February 10, 2010

Panggilan Hangit....!

Petang semalam, masa dok kalut kemas nak balik keja tiba2 ada panggilan masuk. Private number. Angkat je lah.. Hohoho.. Suara dan loghat Indonesia ma.... Tapi yg bestnya mengaku wakil dari celcom. Antara butir-butir perbualan:

Anda telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-2 peraduan Celcom
Hmmm....
Anda berjaya memenangi 5000 ringgit.
Ye...
Kami mahu hantar hadiah tersebut hari ini
Okay...
Tahniah kepada anda!
Thank you!
Kami akan hantar hadiah tersebut ke dalam akaun maybank anda
Hmmm...
Jadi kami perlukan nombor akaun maybank anda.
TAK NAK!!!.. (terus letak talipon)

Mmg Perahu pernah dngar kes penipuan mcm ni. Tak sangka la pulak Perahu pun tiba2 mendapat panggilan yg bersifat mcm tu. Masa jawab panggilan tu mmg takut. Mcm2 pikir. Dah la dulu pernah heboh kes pukau melalui phone calls dari Indonesia.

P/s: O Allah the Almighthy, protect me and guide me....