Sunday, March 20, 2011

Kuatkan Cintamu Lagi! #1


Ada perasaan mendalam di hati yang harus selalu dijaga setiap hari. Perasaan menyayangi ibu bapa dan apa yang menjadi kebahagiaan bagi mereka. Perasaan penuh cinta kepada kedua-duanya yang menjadi cita-cita kita bersama. Tersenyum dan bahagia atas hidup yang mereka jalani. Menjadi sebahagian daripada hidup yang indah selamanya.

Tetapi bagaimana cara kita menguatkan perasaan cinta dan sayang itu kepada ibu dan bapa kita? Berikut dikongsikan beberapa cara :

Pertama : Niatlah ikhlas mencintainya kerana Allah.

Hadirkan cinta kepada i/bapa dari lubuk hati yang paling dalam. Buatlah cinta itu tumbuh dalam hati kita kerana Allah semata-mata dan bukan kerana yang lain. Dengan begitu hati kita terasa aman dan tenteram. Tiada paksaan, tiada ketakutan, tiada yang menjanggalkan hati. Semuanya untuk Allah, kerana semuanya juga daripada Allah. Kepada Allah cinta ini bermuara, dan dia akan menjadi kekuatan hati yang luar biasa. Mencintai tanpa mengharap balasan, ikhlas dan kembali kepada Allah.

Mencintai ibu bapa dapat diwujudkan dalam bentuk menerima nasuhatnya dengan ikhlas, mendahulukan kepentingan ibu bapa daripada kepentingan sendiri, memberi layanan yang baik dan sebagainya..

bersambung....

Sumber : Buku Sejuta Cinta untuk Ibunda ( Ibu, aku sayang kamu... )

P/s : Walau ibu dah pergi, cintaku selama... Ya Allah, ampunkan dosa2ku dan dosa2 kedua ibu bapaku....Amin...


0 comments: