Friday, March 25, 2011

Kerja | Time's Up!!


Don't know how to start. .. Ok, this coming monday I need to present the system. KOHA.
................................. [loooooooooooooooong silent ] .................................

KOHA, you make me crazy this few months!! But please....please......please....... be my friend on that day. I really hope you do so.

I'm just too scared. Ya Allah......................

P/s : Jika kau fikirkan kau boleh.. kau hampir boleh melakukannya...
Owh... x ter'motivate' pun. Innalillah..


Sunday, March 20, 2011

Kuatkan Cintamu Lagi! #1


Ada perasaan mendalam di hati yang harus selalu dijaga setiap hari. Perasaan menyayangi ibu bapa dan apa yang menjadi kebahagiaan bagi mereka. Perasaan penuh cinta kepada kedua-duanya yang menjadi cita-cita kita bersama. Tersenyum dan bahagia atas hidup yang mereka jalani. Menjadi sebahagian daripada hidup yang indah selamanya.

Tetapi bagaimana cara kita menguatkan perasaan cinta dan sayang itu kepada ibu dan bapa kita? Berikut dikongsikan beberapa cara :

Pertama : Niatlah ikhlas mencintainya kerana Allah.

Hadirkan cinta kepada i/bapa dari lubuk hati yang paling dalam. Buatlah cinta itu tumbuh dalam hati kita kerana Allah semata-mata dan bukan kerana yang lain. Dengan begitu hati kita terasa aman dan tenteram. Tiada paksaan, tiada ketakutan, tiada yang menjanggalkan hati. Semuanya untuk Allah, kerana semuanya juga daripada Allah. Kepada Allah cinta ini bermuara, dan dia akan menjadi kekuatan hati yang luar biasa. Mencintai tanpa mengharap balasan, ikhlas dan kembali kepada Allah.

Mencintai ibu bapa dapat diwujudkan dalam bentuk menerima nasuhatnya dengan ikhlas, mendahulukan kepentingan ibu bapa daripada kepentingan sendiri, memberi layanan yang baik dan sebagainya..

bersambung....

Sumber : Buku Sejuta Cinta untuk Ibunda ( Ibu, aku sayang kamu... )

P/s : Walau ibu dah pergi, cintaku selama... Ya Allah, ampunkan dosa2ku dan dosa2 kedua ibu bapaku....Amin...


Thursday, March 17, 2011

Bila anak2 berbicara...

Suatu ptg, balik dari keja. Makan nasi kenduri yang ditapau oleh kak ipar. Di meriahkan anak2 sedara dan adik sambil mkn sama2... dan bersembang sama2....

Amin : Amin besaq nnt nak jadi ultraman la...
Adik : Eee.... mana ada org keja oltromen.
Aku : (teruskan menyuap nasik ke mulut...)
Amin : Dok aih... amin lawak saja...
Aku : Amin nak keja apa besaq ni?
Amin : Amin nak bukak kedai makan.
Aku : Hmmmm...... Lambat kaya..... (saja nak tengok respon dia)
Amin : X lambt aih... amin nak joi nasik ayam 100 ringgit, bihun sup 150 ringgit... ha.... kaya..
Aku : huh..... x kaya jugak.... (mana ada org nak bli syg oi....)
Amin : kaya.......

tiba2 adik mencelah..

Adik : Amin tau dak klu 100 rOpiah tu baru sama sekupang duit kita....
Amin : ooo... sungguh ka??
Adik : ha laa....

Nampak mcm ada pemahaman konsep tukaran matawang asing disitu... gud2...

Adik : Amin tau dak pasai apa mak su tun kata tak kaya ?
Amin : [diam.]
Adik : Pasai nnt klu orang bagi 50, kita kena bagi balik lebih...
Amin : sungguh gak noh...
Aku : ...........................................


Adeyyy.... mmg la kna bagi balik dik oi... duit baki org kot.... haha..... Tapi aku tak sempat nak betolkan dia punya pemahaman dek kerana suara yg tak brapa nak ok sbb batuk.



Friday, March 4, 2011

Selamat Pengantin Baru


Barakallahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khoir..


Menjengah ke alam rumah tangga merupakan perkara besar bermula dari pemilihan pasangan. Congratulations to both of you! Sebagai adik, tentu saja aku mengharapkan rumahtangga mereka menjadi syurga dunia mereka, berpisah sementara di alam barzakh, kemudian bersatu semula di syurga akhirat.

P/s: For the rest of my life...