Saturday, December 25, 2010

Aku pernah suka kamu.... hihi...

Ye... Kamu.... Sbb kamu cumil dan manja... dan lincah... dan cergas..... dan tangkas.... dan pantas... Tp skrang kamu dah di ambik orang. Sbb kamu lebih terjaga dgn orang tu. I redha k.. ahaks..

P/s : Ni la kali terakhir I blanja u makan.

Mata Hati | 2 ujian

"Dan Kami uji kamu dgn keburukkan dan kebaikkan, sbg ujian (yg sesungguhnya). Dan hanya kepada Kami kamu akan kembali " - Surah al.Anbiya' : 35.

Ayat di atas menjelaskan kpd kita, bahawa kita diuji Allah dgn 2 ujian, iaitu:

Keburukkan:
  • Ujian dgn keburukkan ini boleh berlaku dlm bentuk kemiskinan, sakit, kerugian dalam berniaga, kehilangan harta benda, kegagalan dlm mencapai sesuatu yang kita dambakan dan sebagainya.
Kebaikkan:
  • Ujian dgn kebaikkan ini, bermakna Allah Taala menguji kita dgn sesuatu yang kita senangi, seperti kekayaan, kemegahan, pangkat, kejayaan dlm sebarang usaha yang kita lakukan, kesihatan dan seumpamanya.
Source : Kaifiyat Mempertajam Mata Hati dlm Mengenal Allah.

Wednesday, December 22, 2010

A Superb Tool.. Hmmm........


Pisau, satu alat yg sangat berkesan untuk menyelesaikan kerja-kerja di dapur.
Kereta, alat yg sngt efision untuk memudahkan kita bergerak ke sana sini.
Kipas, alat yg sngt pantas menyejukkan suasana yang x selesa dek panasnya cuaca.

Tapi... ada satu alat ni... yg ramai dari kt x ambik kesah keberkesanannya, keefisionannya, keeffektifannya, dan ke ke yang lain lagi. Mungkin ada jugak yang x pernah tau pun kewujudan alat ni, mungkin.

Berkesannya pada membulat tekad membuat keputusan hidup.
Effisionnya pada tindakan yakin yg dibuat hasil keputusan yang tekad.
Effektifnya pada redha atas apa juga yang terjadi setelah itu.
Awesome!!!

But, what is the tool??? It is Istikhoroh.
Let us learn on how to use it. And use it in our life. Yes... use it... always....

Kita mohon agar segala apa yang kt buat, adalah yang terbaik pada ilmu Allah. Bukan pada pengetahuan dan ilmu kt yang secalit cuma. Hidup kita sehari-hari bnyak kena buat keputusan. Salah decide, hati resah bnyak masalah. Malah org lain pun mungkin termenderita dek sombongnya kt yang mendecide tanpa istikhoroh.


Ya Allah, terangilah kegelapan hatiku... Amin.


Sunday, December 19, 2010

Naik Turun..

Iman kita ni... naik turun.

Ya Allah... moga Allah tak matikan kita bilamana iman kita tengah turun. Nauzubillah...




Wahai yang Maha Mengetahui, terangilah kegelapan hatiku.... Amin...

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah itu....


SALAM MAAL HIJRAH
1432H
^_^

Old Year + New Year

Alhamdulillah... kt dah sama2 baca doa akhir tahun ngan awal thn semalam. Allah panjangkan umur kita pada tahun ni, hari ni, saat ni.. (minit2 yg kedepan ni blm tau lagi...)

Maka kata syaitan: Sia2lah usaha aku tahun lepas, Allah dah ampunkan dia. Nayala aku tahun ni, pasai dah ada 2 malaikat jaga dia thn ni..

Jom kita perati maksud doa yang kita baca tu, moga ada cetusan rasa insaf dan sedar di hati kita. Supaya kita sentiasa dan lebih berjaga-jaga.


DOA AKHIR TAHUN


Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam, Rahmat Allah e atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah apa yg aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yg Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhainya, dan ENgkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi daku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan daku, dan Engkau memerintahkan daku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepadaMu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya.

Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripadaMu. Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya.
Amin.


DOA AWAL TAHUN

Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam.Allah menurunkan rahmat dan kesejahteranNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handai sekalian.

Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepadaMu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera=tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepadaMu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat semuanya. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.
Amin.