Sunday, October 31, 2010

Not bad ya.... !!!

Kebokta ayahanda....


Buah nyok pun banyak luruh....


Sunset blakang rumah.... anugerah x ternilai, Alhamdulillah...

Tua tp kanak-kanak...



Penah x berdepan dgn golongan yg dah berusia, dewasa malah ada yg dah tua, tp gelagat dan tingkah laku diorang......... mengalahkan budak2... penah???
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Klu budak2 bleh la nak pujuk2 ke, nak jegil2 mata, angkat suara tinggi2, penampau ke... cubit ke... ugut x kasi main ke... tu klu budak2 la..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Klu yg x brapa nak budak ni??? aish.... klu bercakap mmg mudah. Tegur dgn cara yg hikmah. Rambut x putus tepung x selerak. Tp implementasinya???? Camne yg hikmah nye tu???? Ni jenis x mkn tegor punye..'
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Marah kang ckp x hormat org tua2 plak, di biar kang.... habeh haru biru....
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dah tu nak wat pe ni??? Sabar la...
X bleh sabar, geram sangat2.... Sabar lagi....
X bleh, marah tahap gaban dah ni.... Sabaaaaaaaar jugak....
Ish..... sabar la.... S. A. B .A. R...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pokoknya... sabar ye bu...... tenang aje.... layan jerrr... belajar sesuatu .... ok?? bereh...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s: budak2 klu nakal pun cumil la gak kan.... =X

Wednesday, October 27, 2010

Sirah | Ummu Aiman r.a

Perjalanannya dlm mengiringi kehidupan Rasulullah SAW x dpt diabaikan. Hingga manusia paling mulia itu berkata tentangnya, dialah ibu setelah ibuku...

Wanita mulia ini bernama Barkah bintu Tsa'labah bin Amr bin Hishn bin Malik bin Salamah bin 'Amr bin An-nu'man Al Habasyiyah ra. Namun dia lebih dikenali dgn kunyahnya, Ummu Aiman.

Ummu Aiman ra adalah seorang budak milik Abdullah bin Abdul Mutalib, ayah Rasulullah SAW.
Dialah yg mengasuh Rasulullah SAW semenjak baginda kecil.

Pada umur 6 thn, Rasulullah SAW dibawa ibunya, Aminah bintu Wahab mengunjungi keluarga sang ibu dari Bani 'Adi bin An-Najjar di Madinah. Ummu Aiman turut serta. Sebulan mereka di sana.

Di sana, org2 Yahudi melihat baginda dan berkata, "Dia adalah nabi umat ini dan ini adalah negeri hijrahnya." Ucapan org2 Yahudi itu Ummu Aiman simpan dlm fikirannya.

Setelah itu, Aminah membawa putranya pulang ke Makkah. Dalam perjalanan pulang dari Madinah ke Makkah, Aminah meninggal di Abwa' dan dikuburkan di sana. Pulanglah Ummu Aiman r.a. bersama Rasulullah SAW dgn 2 unta tunggangan mereka.

Setelah ketiadaan Aminah, Ummu Aiman banyak berperanan sbg ibu bagi Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah SAW berkahwin dgn Khadijah r.a., Ummu Aiman r.a. mendapat kemerdekaan dirinya. Rasulullah SAW membebaskannya.

P/s : Apa yg terjadi setelah Ummu Aiman dimerdekakan??

Tuesday, October 26, 2010

Friday, October 22, 2010

Mengaku je la..


Mengaku je la yang kita ni serba lemah. Kita x mampu nak buat semua benda sorang diri. Mintak la tolong dengan Allah moga Allah jaga hati kita dan Allah bantu kita dalam setiap perkara.

Dan kemudian setelah bantuan dan pertolongan Allah sampai, walau dalam bagaimana punya cara pun, sedarlah yang kita ni lemah, x mampu buat semua benda melainkan dengan izin dan pertolongan Allah.

Kadang2 Allah hantarkan org2 tertentu untuk mudahkan kerja dan bantu urusan kita. Maka terimalah dgn sangka baik dan syukur. Jgn menafikan kbjikan org pada kita. Dan kdg2 Allah hntarkan kita untuk mudahkan dan bantu urusan org lain pulak. Maka ikhlaslah dan sedarlah bahwa kita x mampu nak tolong org tu melainkan Allah yg izinkan. Tak payah la nak menyombong membangga diri minta dipuji. Dan tolonglah dgn ikhlas hati moga yang ditolong jugak menerima dgn ikhlas hati...
P/s : Kempen jaga niat... Jom !!!

Thursday, October 14, 2010

Zaaaaaaaaaaastttt..........160km/j !!!!

Apa prasaan klu dlm keadaan jln raya yg x brapa nak tenang, tiba2 ada sebijik kereta dgn teramat sngt laju menotong dan menyelit2 deretan kereta kat jalan... Perahu??? for sure la ati sebok ja dok membebel...


"Eeee..... x reti2 nak sabo ke? Dah tau nak masuk keje awal, kuar la awal... Klu nak mati g je langgar tiang tu, xyah sebok2 nak pecut atas jalan, mst xcdent punya la jap g tu, bla bla bla..."


................................Dkat Opis....................

Terbc blog spa ntah :

"Bila sampai Jade (gelaran buat isteri) dah dibawa ke hospital oleh MAk dan Madet. Depa ni terperangkap dalam trafik jem pulak. Maka hero terpaksa memulakan langkah. Aku terpaksa guna segala ilmu menyelit dan short-cut untuk sampai pada isteri. Bila dah sampai pada kereta depa, kami pun 'switch- driver'. Now, I am the driver. Aku lenjan kereta tu dengan sepantas mungkin dengan mulut terkumat-kamit dengan doa & surah yg dulu aku selalu lupa."

p/s: kan.... mak dah pesan...... sangka baik, sangka baik, sangka baik............. degil !!!
p/s/s : isteri dia nak bersalin lerr...

Peringatan !!


Cara Allah Menyedarkan Hamba-Nya :

Syaikh Ibnu 'Athaillah mengatakan :

"Allah mengetahui bahawa engkau tidak mahu menerima nasihat semata-mata, maka Dia merasakan kepadamu rasa dunia sesuatu yg mudah bagimu meninggalkannya."


Sbhgaian bsr manusia susah menjadi sedar atau insaf kalau hanya diberi nasihat semata-mata, sebagaimana nasihat2 yang terkandung dalam Quran, sunnah Rasul, para ulama dan sbgnya. Oleh itu salah satu jalan bg Allah memperingatkan manusia ialah dengan jalan memberinya peringatan2 nyata, sebagaimana berlakunya bencana alam, penyakit berjangkit, banjir besar, pnyakit barah, kesusahan dlm memenuhi keperluan2 hidup, gagal dlm mencapai sesuatu yg didambakan dan seumpanya.