Friday, January 22, 2010

MUHASABAH #2: Online dengan Tuhan



AKIBAT laju mengetuk papan kekunci, maka kesilapan ejaan sering terjadi. Pada mulanya kita hendak mengakses "Online" (Utusan Online misalnya) yang terjadi: "Onlie", sedang menipu!

Jangan sesekali "onlie" ketika ber -'online' dengan tuhan, tuhan tidak bisa dibohongi, berterus terang sahaja malah sebenarnya tuhan lebih tahu apa yang terjadi!

"Sembahyang dan doa adalah contoh komunikasi dengan tuhan tanpa wayar, malah jauh lebih hebat berbanding jalur lebar (broadband). Manusia tidak perlu mempunyai modem dan routerserta tidak perlu membayar bil untuk berkomunikasi dengan tuhan.

"Hanya dengan mendirikan sembahyang dan memanjatkan doa di mana sahaja di muka bumi ini, kita dapat berhubung terus dengan Tuhan," (M/S 80)

Walaupun ada menyifatkan komunikasi yang berlaku merupakan sehala (one way communication) iaitu kononnya tidak mendapat sebarang tindak balas dan jawapan daripada tuhan secara mutlak namun saya percaya keberadaan Allah itu dapat kita rasakan berada di sisi dan itu sudah cukup bermakna kepada seorang hamba-NYA.

Tidak sahaja percaya bahawa Allah sedia mendengarkan, namun yang jelas Allah tidak akan pernah jemu, berbanding andai kita berkomunikasi dengan manusia!

Copied from : http://www.utusan.com.my

0 comments: