Tuesday, March 26, 2013

Perihal hari Jumaat




Tuan-tuan.... tak boleh bohong Tuhan.

Oooi kalau mati boleh hari Jumaat ka... Allah.... tu besar sungguh kurniaan Allah. Pasaipa? Mati syahid. Syahid akhirat, tak kena azab kubur. Allahummasalli'alasaidina Muhammad.. Tak kena soalan malaikat Mungkar dan Nakir.

Tapi tuan-tuan, tanya diri sendiri... Allahummasalli'alasaidina Muhammad. Kalau nak mati hari Jumaat ni, padan dak ngan kita? Padan dak? Saiz kita dak?

Pesan guru saya, kalau nak mati pada hari Jumaat.. Allahummasalli'ala saidina Muhammad.. jangan buat maksiat pada malam hari Jumaat dan siang hari Jumaat. Jangan buat maksiat pada malam hari Jumaat dan siang hari Jumaat. Menjaga hak hari Jumaat. Allahummasalli 'ala saidina Muhammad..

Kalau nak mati hari Jumat... tanya.. pi sembahyang Jumaat pukoi berapa? Kita baca hadis ni... hadis sohih... Orang yang hadir Jumaat awal, akan dapat pahala unta. Lewat sikit dapat pahala lembu. Lewat lagi pahala kambing. Lewat sikit lagi pahala ayam. Lewat sikit lagi pahala teloq ayam. Kalau unta berapa? Harga berapa? RM 3 000 RM5 000 ada.. unta. Lembu... RM3000 boh p la. Kambing dalam RM800 ada. Ayam? RM15, kata la RM20. Teloq ayam? 2 kupang. Dia himpun sebulan 8 kupang ya.. tu.... hat nak mati hari Jumaat tu. Tu saya kata, ukur size. Bayangkan kalau dia pi, dapat pahala unta. 5 X 4 , RM20 000 Subhanallah... ih... kalau Tuhan bagi sampai umoq pencen, rebut tuan-tuan. Rebut...

Di tempat saya MasyaAllah... saya tengok satu orang Tok Guru, Allahu Akhbar, Subhanallah...10.30 sampai dah. 10.30 tu tuan-tuan, sampai dah.. tu tuan-tuan, orang yang reti menilai hari Jumaat. Reti menilai hari Jumaat. Allahu Akhbar. Ni kita ni tuan-tuan... Allahummasalli 'ala saidina Muhammad.. kalau kita tak dak keja pun tuan-tuan, pukoi 10. 30 dok buat apa? Dok tidoq lagi... cuti... tak dak keja apa.. Allahmumma salli 'ala saidina Muhammad..

Ni semua ni perasaan ni tak boleh dibuat-buat. Perasaan suka pada kebaikkan tak boleh dibuat-buat. Dia perasaan... dia perasaan... Allahuakbar.. 

Sumber : Petikan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zainol Asri Haji Ramli.